LAYAK.....Siapakah yang layak mewakili PKR di Parlimen Batu Sapi di antara Timbalan Ketua Cabang, Zainuddin Hassan (kanan) dan Ketua Angkatan Muda PKR Sabah, Serman Hassnar?
Oleh : ZAINAL JAKARIA
BEBERAPA anggota PKR dalam
Cabang dan masyarakat Batu Sapi,
menginginkan Presiden PKR memilih 'Anak Tempatan' sebagai calon Parlimen Batu
Sapi pada PRU-13.
Seorang Ahli Jawatankuasa
(AJK) Induk Cabang Batu Sapi, Jain Bin Bayang,
mahu pada kali ini suara dua pertiga AJK PKR dan suara Rakyat Batu
Sapi didengar untuk memastikan
kemenangan besar PRU 13 kali bagi
memastikan PKR menang besar.
Menurut salah seorang Naib 1,
Cabang Batu Sapi, Aris Remigius, calon itu seharusnya dari kalangan mereka yang
kalis ujian wang dan jawatan selain bukan calon import bagi membawa panji-panji
PKR kerana jika silap letak calon, PKR hanya akan gigit jari.
Manakala salah seorang lagi
Naib II, Awang Massali Atalad berkata peluang saksama harus diberikan kepada
pemimpin pelapis yang lama berjuang dalam PKR
yang sudah teruji kesetiaan yang
selama ini.
"Mereka tidak jemu-jemu memperjuangkan masalah rakyat,
bukan sahaja di Batu Sapi, malah di seluruh Sabah secara konsisten. Harapan
kami agar calon yang dipilih kelak
merupakan anak tempatan yang
berketurunan Bajau/Suluk dan
mesra rakyat serta mudah didekati,"
kata Awang yang melihat peluang untuk menawan Parlimen itu amat cerah dengan
meletakkan anak tempatan sebagai calon.
Katanya lagi, jika anak
tempatan tidak diberi peluang kali ini, bila lagi mereka boleh membuktikan
bahawa mereka juga boleh memimpin.
Awang selanjutnya menegaskan
bahawa hanya calon tempatan sahaja yang berpotensi untuk menjalankan tugas
sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi berbanding Calon BN, Datin Linda Tsen yang
tidak tahu berbuat apa-apa di Dewan Parlimen.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete