BERKAS…. Amjad (Gambar sisipan) antara yang diberkas SPRM kerana terlibat dengan Skandal Penyewaan Gerai Ramadhan.
Oleh : KREW SABAHKINI.NET
EMPAT orang; tiga daripadanya Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan dan seorang lagi Ahli Majlis MPS yang dicekup Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini berhubung Skandal Penyewaan Gerai Ramadhan akan didakwa di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 29 Ogos ini.
Menurut maklumat dalaman MPS, pihak pengurusan memuji tindakan SPRM menangkap mereka bagi memberi pengajaran kepada pegawai yang menyalahguna kuasa dan rakus mencari keuntungan; sehingga menyusahkan para penjaja yang mencari rezeki halal di bulan Ramadan.
Beberapa orang penjaja yang ditemui dan mengetahui kes penangkapan ini mengakui perkara sebegini sudah lama berlaku, tetapi tiada siapa yang berani menentang segala kehendak dan tindak tanduk ahli majils dan beberapa orang pegawai MPS yang menjadi dalang dalam kes ini.
“Syukur Alhamdulliah. Doa kami dimakbulkan Allah. Terima kasih Sabahkini.net yang membongkar isu ini,” kata seorang penjaja yang meminta agar namanya dirahsiakan dan gambarnya tidak dirakam.
Pengarah SPRM Sabah, Haji Jalil Jaafar tidak dapat dihubungi tetapi jurucakap SPRM mengesahkan penangkapan empat personel MPS baru-baru ini berhubung kes berkenaan.
No comments:
Post a Comment