Sunday, 14 August 2011

AA KD DAMAI JUARAI DART TERBUKA BINGKOR



SAMPAIKAN….Jailin Lian menyampaikan hadiah kepada Juara Pertandingan Dart Terbuka Bingkor.

Oleh : MEDIA BELIA DINAMIK

PASUKAN AA KD Damai menjuarai pertandingan Dart Bergu Terbuka Bingkor Kali Pertama. Pasukan tersebut dianggotai oleh abang dan adik menerima hadiah wang tunai RM600 dan hadiah iringan anjuran Belia Dinamik di Keningau.

Sementara tempat kedua dimenangi JR KD Damai menerima RM400 wang tunai dan juga hadiah iringan. Bagi tempat ketiga, pasangan anak dan ayah, menampilkan McShawn Isidore sebagai seorang pemain paling muda pertandingan itu bersama ayahnya, Vitalis Isidorea menamakan pasukan mereka PAMAD yang menerima hadiah wang tunai RM150 berserta hadiah iringan.

Tempat ke empat ialah RR Darters. Bagi pasukan yang berkongsi kedudukan dari ke lima hingga ke lapan mereka menerima wang tunai RM80 dan hadiah iringan.

Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Penasihat Panel Klinik Kesihatan Bingkor, Jailin Lian, yang juga merupakan aktivisit masyarakat di kawasan pedalaman.

Pertandingan ini adalah anjuran bersama Pertubuhan Belia Dinamik Pedalaman, Pertubuhan Belia Pasok Momogun dengan kerjasama Kelab Dart Bingkor yang dikendalikan oleh Maslinus Surumbut. Turut hadir ialah Presiden Belia Dinamik, Juse Reoyston Loibin, Belia Pasok Momogun, Ewon Benedict, Pemilik Kelab Dart Bingkor, Erik Takom.

Pengerusi Penganjur, Rozie Jumat berkata, sebanyak 19 buah pasukan telah menyertai pertandingan selama dua hari itu yang diadakan di Kelab Dart Bingkor. Penyertaan itu termasuklah dari Papar dan Tenom.

“Melihat kepada jumlah penyertaan serta sokongan dari pemain dart yang datang sama ada menyertai pertandingan dan memberi sokongan moral kepada kawan-kawan mereka, kami bercadang akan meneruskan lagi pertandingan ini pada tahun hadapan dengan hadiah yang lebih lumayan lagi,” kata Rozie.

Namun katanya, terdapat perancangan untuk menganjurkan pertandingan itu di Nabawan, yang akan dianjurkan bersama dengan Pertubuhan Belia Pasokmomogun.

Pertubuhan Belia Dinamik Pedalaman adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menjurus kepada pembangunan belia di bidang kesukanan, sosio ekonomi dan penjagaan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment