Tuesday, 16 August 2011

PAS BERBOHONG DI BULAN RAMADAN?



Saudara Pengarang,

SAYA merasa terpanggil untuk memberi penerangan kepada rakyat di Sabah, khususnya pembaca Sabahkini.net. Tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamuddin Sulaiman adalah tidak berasas sama sekali.

Beliau menghalalkan pembohongan di bulan Ramadan dengan mendakwa banner PAS dibuang oleh pihak yang tidak bertamadun.

Kita minta Hishamuddin memberi penerangan dan penjelasan mengapa beliau berbohong? Kain rentang yang didakwanya masih terpasang dengan jelas di perhentian bas berhadapan dengan Hotel Perkasa yang berada di dalam perkadaran Majlis Daerah Keningau. Kain rentang itu tersergam kemas dan tidak ada sesiapa pun yang mengalihkannya.

Gambar ini diambil pada 13 Ogos lalu dan masih berada di situ sehingga kini. Inikah yang dikatakan ‘sikap double standard’ kerajaan khususnya di Keningau yang beliau dakwa? Adakah ini cara PAS menambat hati rakyat dengan menggunakan pendekatan berbohong dan memfitnah?

Presiden PAS perlu diberitahu tentang hal ini kerana Hishamuddin menggunakan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan menghalalkan pembohongan. Pemimpin sebegini berbahaya kepada rakyat kerana sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah berbohong dan mempergunakan bulan yang mulia ini untuk melampiaskan kejahatan di hati.

Sikap beliau ini sangat memalukan. Beliau memfitnah dan berbohong, menjadikan orang lain sebagai mangsa untuk memuaskan kehendaknya. Bertaubatlah!

Selamat Berpuasa kepada semua.

MARDIANAH

Kg.Keningau, Keningau.

No comments:

Post a Comment