Saudara Pengarang,
MERUJUK kepada artikel tersiar di laman portal terkemuka Sabahkini.net bertajuk ‘I Remember What You Did In The Last Election’ oleh Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong berhubung isu ‘Pengundi Hantu’ yang masih terus dicanangkan aktivis politik, Dr Chong Eng Leong.
Selepas isu itu dicanangkan beliau di Dun Likas, Dr Chong sekali lagi membawa isu tersebut ketika Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee bertanding di pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi dengan menggunakan pelbagai taktik yang serius supaya Yong Teck Lee kalah teruk atau hilang deposit ketika itu.
Strategi tersebut boleh dilihat satu gerakan bersepadu di antara jurukempen BN, DAP dan kumpulan Dr Chong dalam usaha mereka meranapkan terus karier politik Yong Teck Lee sekiranya Presiden SAPP itu mengalami kekalahan teruk atau setidak tidaknya, kehilangan wang pertaruhan dalam pilihanraya kecil tersebut.
Namun igauan dan harapan mereka agar politik Yong Teck Lee berkubur telah meleset dan tidak kesampaian kerana strategi yang dirancang mereka terpalit ke muka mereka sendiri dan boleh diibaratkan sebagai menggali lobang kubur untuk orang lain, namun sebaliknya diri mereka sendiri yang kena kubur.
Apa tidaknya, kalau dulu Dr Chong serius sangat menuduh Yong Teck Lee terlibat dengan isu pengundi hantu semasa pilihanraya umum DUN Likas tahun 1999, tetapi baru-baru ini setelah diasak bertalu-talu oleh para pemimpin SAPP, akhirnya Dr Chong mengubah rentak, kononnya Yong Teck Lee tidak terlibat dengan masalah pengundi hantu.
Sila lihat petikan kenyataan balas Dr Chong ketika diminta Yong Teck Lee berdebat berhubung isu pengundi hantu seperti berikut:-
KOTA KINABALU: Dr Chong Eng Leong has invited SAPP President Datuk Yong Teck Lee to work with him to rid the electoral rolls of phantom voters, instead of challenging him to a debate on the issue.
"Please Datuk Seri Yong, don't be paranoid. No one is saying that you were involved in phantom voters. But you know and the public know that when you were in BN (Barisan Nasional) you got their votes. When you are not with BN you would not get their votes as proven in the Batu Sapi by-election last year.
"Now that you are out of BN why don't we work together to rid the rolls of phantom voters for the sake of Sabah's sovereignity within Malaysia? Would a public debate between you and me help Sabah to be rid of phantom voters? Think about it Datuk Seri. Sabahans will cherish and remember you well if together we can clean thc rolls," said Dr Chong in a response issued here yesterday.
Dr Chong was responding to Yong's statement on Wednesday accusing him (Dr Chong) of di- verting attention from Umno by harping on the outcome of the election petition on Likas, after phantom voters were detected in the electoral rolls for the Likas constituency in the 1999 general election.
Dari segi pengakuan Dr Chong itu, terpulanglah kepada rakyat Sabah, khususnya yang berketurunan masyarakat Cina, siapakah di antara pemimpin masyarakat Cina yang boleh dijadikan sandaran memimpin kaum tersebut yang berwadahkan sikap telus, jujur dan berkredibiliti.
Wajarkah Dr Chong yang lidah bercabang diletakkan sebagai salah seorang pemimpin di negeri ini yang berkarisma atau berintegriti tinggi atas kelibatnya tidak berpendirian dan tidak konsisten dalam sesuatu isu seterusnya pemimpin yang suka menyimpan dendam.
Jikalau jenis pemimpin seperti ini berada di hadapan rakyat kononnya sebagai sandaran untuk membela nasib masa depan rakyat dan negeri Sabah, maka pastilah segala harapan akan terus punah dan hancur berkecai.
Sekian dan terima kasih.
MIKE ROBERT
No comments:
Post a Comment