Thursday 11 August 2011

ISU PASPORT DI 3 PEJABAT IMIGRESEN SELESAI



MASALAH pengeluaran pasport yang terjejas di pejabat Jabatan Imigresen di Sandakan, Lahad Datu dan Keningau sudah diatasi mulai hari ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Mohammad Mentek dalam satu kenyataan hari ini berkata pihak syarikat yang bertangungjawab telah mengenal pasti masalah itu berpunca daripada masalah teknikal yang melibatkan mesin pencetak pasport.

Katanya kerja-kerja membaik pulih telah dilakukan, dan hari ini pengeluaran pasport di pejabat Jabatan Imigresen Sandakan telah beroperasi semula mulai dari pukul 10 pagi.

Beliau berkata ia disusuli dengan kerja-kerja pembaikan kerosakan yang sama di Lahad Datu serta Keningau.

Mohammad berkata pihaknya ingin memohon maaf kepada mereka yang menghadapi kesulitan semasa berurusan di tiga daerah berkenaan, terutama dadalam urusan berkaitan memperbaharui atau memohon pasport baru.

Beliau berkata terdapat lima pejabat jabatan itu mengeluarkan pasport dengan dua lagi di Kota Kinabalu dan Tawau yang telah mengeluarkan 6,227 pasport antarabangsa Malaysia dalam tempoh Januari hingga Julai lepas. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment