TERIMA …… Kelihatan Radin menerima Jalur Gemilang daripada Ketua Konvoi KMR, Isyak Mumin.
Oleh: SIMON MAMAT
JALUR GEMILANG merupakan simbol perpaduan dan kebebasan negara ini daripada belenggu penjajahan British sejak lebih setengah abad lalu. Justeru itu, rakyat diajak agar bangun dan turut serta membaharui tekad kecintaan dan semangat patriotisme kepada Negara.
Namun rakyat harus menyemai nilai-nilai dan erti kemerdekaan sepertimana yang digariskan dalam dasar Rukun Negara menerusi majlis mengibarkan Jalur Gemilang yang diadakan pada setiap tahun di seluruh negara.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 1,000 orang di Padang Pekan Tenom ketika menyambut konvoi Kembara Merdeka Ramadhan (KMR) yang disertai 21 agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri pada Khamis.
Katanya, Rukun Negara mengingatkan rakyat jelata betapa pentingnya kesetiaan yang menjana perpaduan demi mencapai cita-cita Negara untuk menjadikan wawasan tahun 2020 sebagai sasaran sebuah Negara maju dengan pesatnya.
Radin menegaskan, kerajaan yang telah merdeka seperti negara ini merupakan sebuah kerajaan yang benar-benar mengamalkan sistem demokrasi yang tulen, liberal dan bertoleransi menjadikannya sebuah Negara bermaruah; terus disegani kerana telah dipilih rakyat menerusi pilihanraya umum lima tahun sekali.
KENANGAN…. Radin (berbaju hitam) bergambar dengan para peserta konvoi KMR.
“Itulah sebabnya kita tidak gentar apabila insiden yang berlaku pada 9 Julai lalu, kerana kejadian itu kita anggap sebagai insiden terpinggir atau isolated case dan dilakukan oleh golongan tertentu dengan mempunyai agenda mereka sendiri,” jelas Radin.
Beliau menambah, tidak ada sebab berlaku persoalan diskriminasi kaum di negara ini kerana konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri ke-6 cukup relevan untuk menyatupadukan semua rakyat di negara ini.
Konvoi tersebut yang diketuai Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Komunikasi, Penerangan dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Sabah, Isyak Mumin yang bertolak dari Keningau jam 9.30 pagi dan tiba tepat jam 10 pagi di Padang pekan Tenom.
Ketua rombongan konvoi itu, kemudiannya menyerahkan Jalur Gemilang kepada Datuk Radin Malleh yang sudah bersedia menunggu ketibaan konvoi itu. Beliau diiringi Pegawai Daerah Tenom, Sirimian M.F Basir; para pemimpin tempatan dan para Pegawai kerajaan persekutuan dan Negeri.
No comments:
Post a Comment