Oleh : DOUGLAS UMPALIT
AKHIRNYA, impian Gabungan Persatuan Hainan Sabah dan Labuan mendirikan Patung Mazu di Bandar Kudat menjadi realiti setelah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan Kerajaan Negeri Sabah menganugerahkan sebidang tanah bernilai tinggi seluas empat ekar di Pantai Bak-Bak, Kudat.
Timbalan Presiden persatuan itu, Datuk John Lim berkata pihaknya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri pimpinan Musa kerana peka terhadap keperluan rakyat negeri ini tanpa mengira kaum dan agama.
"Kerajaan ini benar-benar menghayati konsep 1Malaysia dan inilah yang menjadikan Sabah sebagai model bagi konsep ini," katanya selepas mengetuai delegasi 15 anggota persatuan melakukan kunjungan kehormat ke Pejabat Ketua Menteri di Wisma Innoprise baru-baru ini.
Menurut John, beliau berharap selepas ini tidak ada lagi pihak yang mempolitikkan isu Patung Mazu setelah satu lagi Patung Mazu yang diusahakan oleh Mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat dibatalkan atas sebab teknikal dan menjadi kontroversi sehingga menyentuh sensitiviti penganut agama lain di Kudat.
Sehubungan itu, John berharap dengan siapnya Patung Mazu itu kelak, pelancong akan membanjiri Kudat selepas melawat Simpang Mengayau dan berharap agar penganut Mazu tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang menggembar-gemburkan isu berkenaan sehingga ke peringkat mahkamah.
Dalam pada itu, Sabahkini.net difahamkan bahawa pembinaan Patung Mazu berdekatan Marina Resort dibatalkan oleh Majlis Bandaran Kudat kerana bantahan umum termasuk Paderi Besar Borneo dan Umat Islam kerana terletak di arah kiblat Masjid As-Syakirin.
Ya kah sebab masalah teknikal ja.. Haha. Pantai Bak-Bak sudah lama terbiar n sepatutnya kawasan pantai tu juga dinaik taraf sama seperti Esplanade Sidek [ES]. Lama sebelum ES tu ada n Simpang Mengayau tu menjadi popular, Pantai Bak-Bak adalah pilihan utama warga Kudat untuk bersantai n melelahkan diri dari keributan bandar bukan sahaja di hujung minggu, malah hampir setiap hari pasti ada yang datang ke sana.
ReplyDeleteSekarang Pantai Bak-Bak kelihatan amat daif n menyayat hati..