SANDIWARA.....Badrul Hisham
Shahrin menggesa BN supaya berhenti bermain api sandiwara, mencipta ugutan demi
ugutan demi menyelamatkan nyawa akhir mereka.
Oleh : MUDA MOHD. NOOR
PETALING JAYA: Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan Malaysia lemah sehingga membolehkan
tentera Sulu ‘menceroboh’ Lahad Datu di Sabah.
NGO itu menggesa Barisan Nasional berhenti bermain api sandiwara, mencipta
ugutan demi ugutan demi menyelamatkan nyawa akhir mereka.
Pada masa sama menggesa
supaya kerajaan Filipina menarik keluar pasukan tentera itu dari Sabah.
Ketua Penyelaras SAMM,
Badrul Hisham Shahrin menyatakan perkara ini dalam satu kenyataan media hari
ini setelah beliau bersama teman-temannya pulang dari Sabah dalam siri lawatan
kerja di negeri itu.
“Persoalan penting bagaimana
400-500 orang lengkap bersenjata dan berpakaian tentera boleh mendarat di
Pantai Malaysia melalui Tanjung Labian dan berjalan dan menakluki Kampung
Tunduo.
“Menurut saksi semua berlaku
secara aman dan tanpa berselindung.
“Semua juga seperti
terancang di mana secara teratur kemudian pasukan keselamatan negara datang dan
membuat operasi mengeluar dan ‘menasihatkan’ penduduk kampung berpindah ke
kawasan selamat,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard.
Sekitar 400 – 500 tentera
Menurut Chegu Bard, saksi
yang ditemui menyatakan sekitar 400 – 500 tentera lengkap berseragam dan
antaranya jelas berseragam tentera Filipina bersama perbagai senjata dari
peralatan separa berat seperti M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom
tangan serta Colt 45 Pistol.
Katanya, tidak ada apa
berlaku kecuali sekatan jalan raya oleh anggota tentera.
Beliau menambah, amat ‘pelik
sekali’ apabila pasukan tentera bersenjata negara jiran masuk ke dalam negara
tetapi negara ini boleh berunding
sahaja.
Tidak akan ada pihak akan
menyalahkan negara ini jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke
dalam tanah kedaulatan negara, katanya.
“Satu lagi persoalan
bukankah perairan negara di kawasan tersebut telah dilengkapi sistem pertahanan
paling mahal yang terkait trajedi pembunuhan warga Monggolia.
“(Ke) mana perginya
Scorpene, kapal selam canggih negara tersebut,” dakwa beliau lagi.
Beikutan itu, Chegu Bard
mendakwa, kerajaan lemah, gagal menyelesaikan masalah persempadanan dan ini
hasil malapetaka pemberian kad pengenalan (kepada warga asing).
Kerajaan ini juga terlalu lemah dan terlalu mengambil
mudah isu persempadanan negara, isu tuntutan Sabah masih banyak tidak
diselesaikan dan diselindungkan, katanya.
Beliau juga berkata,
Filipina menuntut Sabah sebagai tanah kedaulatanya antara asasnya ialah sejarah
Kesultanan Sulu yang menguasai sebahagian besar Sabah dan pusat Kesultanan
berada di bawah tanah kedaulatan Filipina.
Pemberian kad pengenalan
“Tahukah kita Kuala Lumpur
masih membayar USD 5,000 setahun kepada Manila dan bagi mereka yang terlibat
mendesak tuntutan Sabah menganggap ia bayaran sewaan Kuala Lumpur terhadap
Sabah.
“Keadaan menjadi lebih parah
apabila terlalu banyak dan tanpa kawalan pemberian kad pengenalan kepada warga
Filipina khususnya keturunan Sulu kerana untuk memenangkan Barisan Nasional di
sana,” tambah Chegu Bard.
Menurutnya lagi, kejadian
ini mengingatkan dengan rusuhan Sabah 1986 yang terjadi kerana kekalahan
mengejut Parti Berjaya kepada PBS yang baru ditubuhkan ketika itu.
Berjaya yang menjadi sekutu
Umno dalam BN telah mencipta huru-hara menggunakan pendatang asing bagi
merampas semula Sabah, katanya.
“Persoalanya kini mungkinkah
operasi ketenteraan yang sengaja dibiarkan dan dilindungi di Sabah ke arah
persedian untuk BN mencipta semula keadaan ke arah rusuhan 1986 kerana maklumat
jelas BN akan kehilangan Sabah dalam PRU ke 13,” beliau menambah.
BN, katanya perlu sedar
mereka bermain strategi politik risiko tinggi kepada masa depan negara yang
akhirnya mereka sendiri gagal kawal.
Bagaimanapun, SAMM percaya
pasukan keselamatan (tentera dan polis) mempunyai maklumat lengkap dan
bertindaklah dengan bijak bukan sekadar mengikut telunjuk.
SAMM akan ke Kedutaan
Filipina serta menghantar nota kepada Seketeriat Asean berikutan perkembangan
ini yang bukan sahaja mampu membawa negara tetapi zon Asean yang aman ini ke
kancah konflik berpanjangan. (FMT)
No comments:
Post a Comment