Monday 14 February 2011

HALIK SERU MUSTAPHA LETAK JAWATAN



Oleh: MEDIA PKR

PENDEDAHAN media berhubung penjualan tiket loteri haram dan pelacuran yang masih bergerak bebas di bandar Kota Bharu membuktikan Kelantan bukanlah negeri ‘bersih’ segala-galanya, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato Mustapa Muhamad.

Pemimpin kerajaan negeri dari PAS perlu mengakui mereka sebenarnya telah gagal membasmi gejala itu serta merasa malu dengan keadaan tersebut.

"Ini bukan perkara baru kerana ia berlaku secara tidak berselindung lagi dan jika mendakwa Kelantan adalah negeri berlandaskan Islam, perkara itu perlu ditangani segera.” (Petikan Malaysiakini 14/2/11).

Ketua Cabang PKR Tenom Halik Zaman mengulas ketidak fahaman Datuk Mustapa lalu menuduh secara membabi buta kononnya Kerajaan PAS bertanggung jawab? Budak tadika pun tahu Datuk Mustapa meludah ke langit terkena ke mukanya sendiri.

"Kalau berlakunya jenayah seperti penjualan loteri haram berlakunya jenayah maksiat di Kelantan atau di mana-mana sahaja negeri tadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, ia bukannya portfolio Kerajaan Negeri untuk menanganinya. Polis yang bertanggung jawab untuk mencegahnya. Portfolio Kepolisan adalah tanggung jawab Kerajaan Pusat," tegas Halik.

Kata Halik, Kenapa jenayah tersebut boleh berlaku dan berleluasa di semua negeri dalam Malaysia kerana Polis semakin sibuk jaga politik lalu lupa tanggung jawab mereka untuk mencegah jenayah. Ini menunjukkan Kerajaan Pusat gagal mentadbir urus potfolio mereka.

"Begitu juga sikap Kerajaan UMNO/BN dalam meraih sokongan orang Melayu, Kerajaan UMNO/BN dan polis sengaja membenarkan pergaduhan peniaga-peniaga haram membuat gerai-gerai haram di tempat larangan jika Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor bertindak, maka badut-badut UMNO pula mengapi-apikan orang Melayu, kononnya Kerajaan pembangkang anti orang Melayu," jelas Ketua PKR Tenom itu lagi.

"Bolehkah orang Pakatan Rakyat buat gerai haram di Putrajaya? Atau di taman-taman rekreasi di Melaka atau Johor? Semacamlah orang yang menonton TV1 dan TV3 itu semua dungu macam para pemimpin UMNO," kata Halik lagi.

"Kalau Dato’ Mustapa jahil dalam memberi andaian kuasa kuasa Kerajaan Pusat dan Negeri, bagus letak jawatan sahaja daripada ditertawakan oleh orang awam," cabar Halik Zaman.

No comments:

Post a Comment