Friday 25 February 2011

JAMBATAN KAMPUNG MANGKALINAU DAIF



REPUT…Inilah jambatan Kg Mangkalinau sudah 8 tahun tidak pernah dibaiki oleh pihak yang berkenaan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

JAMBATAN kayu sepanjang 200 kaki lebar 5 kaki di Kampung Mangkalinau, DUN Elopura dan Parlimen Sandakan yang mengalami kerosakan teruk perlu dibaiki segera kerana 80 peratus gelagar dan papannya hampir reput sehingga bakal mengundang kecelakaan kepada pengguna pada bila-bila masa.

Seorang penduduk kampung berkenaan, Mamat, memberi tahu Sabahkini.Net bahawa sudah hampir 8 tahun jambatan tersebut tidak dibaiki oleh pihak yang berkenaan.

Kata Mamat lagi, 70 peratus penduduk Kampung Mangkalinau ialah rakyat tempatan dan majoriti mereka adalah pengundi tegar BN bagi DUN Elopura dan Parlimen Sandakan.

“Lantaran itu, bagi pihak penduduk kampung ini, saya memohon jasa baik ADUN Elopura dan Ahli Parlimen Sandakan agar dapat membaiki kerosakan jambatan tersebut kami. Tidak kisahlah siapa kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan jambatan tersebut kerana yang penting bagi kami ialah dapat kemudahan yang lebih selesa,” rayu Mamat yang mewakili lebih 1,000 penduduk kampung Mangkalinau dan kampung berhampirannya.

Memandangkan pilihanraya umum ke 13 sudah semakin hampir, maka kata Mamat wajarlah kampung ini mendapat kemudahan seperti jambatan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana bimbang isu ini dijadikan modal kempen kepada parti pembangkang kelak.

11 comments:

  1. Saya harap semua pembagunan dan projek boleh disiapkan sebelum PRU.

    ReplyDelete
  2. Inilah masa terbaik untuk meminta apa saja yang rakyat memerlukan.

    ReplyDelete
  3. jambatan kampung tersebut perlu diperbaiki.

    ReplyDelete
  4. jambatan tersebut sudah usang. harap pihak berkaitan dapat membina atau memperbaiki jambatan tersebut.

    ReplyDelete
  5. Seharusnya ada pihak yang bertanggungjawab, jangan biarkan rakyat sengsara.

    ReplyDelete
  6. Kesabaran rakyat ada batasnya. Jadi segeralah mulakan kerja2 pembaikkan.

    ReplyDelete
  7. Kenapa sampai sekarang jambatan kampung tidak diperbaiki?

    ReplyDelete
  8. selama 8 tahun itu pernahkan penduduk membuat aduan kepada pihak yang berkenaan? jika tidak, jangan salahkan kerajaan kerana setiap masalah rakyat perlu diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  9. inilah masanya rakyat mengajukan setiap masalah mereka kepada pihak kerajaan untuk diselesaikan atas alasan PRU13. bukan sahaja kerajaan malah pembangkang juga akan lebih perihatin pada waktu ini. saya harap kerajaan dapat menyelesaikan semua masalah2 rakyat ini bukan disebabkan PRU tetapi disebabkan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

    ReplyDelete
  10. Kesian juga jambatan ini oo.. huhu

    ReplyDelete
  11. Pihak2 yang berkenaan harus tampil segera dan buat apa yang patut utk tanggani hal ini.

    ReplyDelete