Saudara Pengarang,
SAYA terpanggil untuk memberi komen ke atas isu yang telah timbul berhubung dengan enam rakyat tempatan di tenom yang didakwa kerana telah menceroboh hutan Simpan Kuala Tomani, Tenom.
Menurut apa yang saya lihat dalam laporan Sabahkini.net, mereka ini menanam padi untuk mengisi perut anak isteri mereka. Mereka juga Anak Negeri Sabah yang sah dan warganegara Malaysia yang mempunyai ‘beneficial right’ terhadap setiap inci tanah Sabah. Mereka ini tidak mempunyai pendapatan tetap dan hidup daif di kawasan pedalaman.
Saya tidak kenal mereka ini, tetapi atas dasar ‘1Sabah’, saya berasa terkedu dan amat kasihan dengan nasib mereka ini. Bagaimanalah nasib anak isteri mereka ini kalau dipenjarakan? Di manakah mereka mencari wang untuk membayar denda?
Sepatutnya dalam kes ini, kalaulah tempat itu memang hutan simpanan, untuk kesalahan pertama, sepatut mereka diberi notis amaran. Ini tidak, terus didenda. Lagipun bukankah mereka sudah lama mengusahakan tanah berkenaan sebelum diwartakan sebagai Hutan Simpan?
Saya berasa hairan juga kenapa penduduk di pedalaman yang mengusahakan tanah dan rakyat tempatan dikenakan tindakan berat? Sedangkan PATI yang bersetinggan di Telipok, di Jalan Menggatal-Telipok dan di Indah Permai tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang?
Adakah PATI ini mempunyai hak istimewa? Gajah di hadapan mata tidak nampak, semut jauh di dalam hutan simpan pula yang terang benderang dan jelas kelihatan? Takjub Bin Hairan kerana semakin lama, semakin tertindas rakyat asal Sabah ini.
Kita pula yang ketakutan berjalan seorang di Sinsuran, Kota Kinabalu, sedangkan ini negeri kita sendiri. Apa tidaknya, PATI berkeliaran bagaikan Sinsuran terletak di Filipina.
Saya berharap pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian supaya rakyat Sabah tidak tertindas dan saya berharap juga agar Suruhanjaya Siasatan Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat dan menyelesaikan isu PATI di Sabah. Harapan saya dan warga Sabah yang lain agar Ahli Parlimen dan Adun kita menggunakan kuasa politik membantu rakyat Sabah tulen yang tertindas ini sebagaimana mereka memberi suaka politik kepada warga asing atau PATI yang mendapat kerakyatan Malaysia secara songsang.
Sekian, Salam Hormat,
LOPUNG
Hopefully this issue can be solved through a win-win situation. The local natives should always be given priorities.
ReplyDeletensib penduduk tersebut harus dibela. PATI yang seharusnya dibendung.
ReplyDeleteharap masalah tersebut dapat diselesaikan. kepentingan rakyat perlulah diutamakan dan dilindungi dengan sebaiknya.
ReplyDeleteSemoga perkara ini diadili sejujurnya.
ReplyDeleteApapun kita tunggu dan lihat sajalah lanjutan kes ini nanti.
ReplyDeletemasalah utama disini bukannya rakyat, tetapi jabatan perhutanan sabah.
ReplyDeletekerajaan mewar-warkan rakyat supaya berusaha dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan tetapi apabila orang kampung baru hendak memulakan usaha mereka, mereka di cantas pula.
ReplyDeleteJabatan Hutan harus menperjelaskan apa yang berlaku sebenarnya dalam hal ini. Jangan kerana ini rakyat hilang kepercayaan dengan Jabatan Hutan lagi.
ReplyDeletePATI adalah musuh orang asli di Sabah.
ReplyDelete