Thursday 24 February 2011

ORANG SARAWAK Vs ORANG PAKISTAN



Saudara Pengarang,

SAYA ingin tahu sama ada orang Sarawak yang datang, bekerja dan berniaga di Sabah wajib mendaftarkan diri mereka dengan Jabatan Imigresen, Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri atau tidak?

Ramai orang Sarawak kini ‘tinggal secara haram’ di Sabah dan telah menguasai perniagaan dan ekonomi di Sabah seperti restoran, hardware, pembekal, ceti haram (along), 4 Digit haram, kontraktor, supermarket dan sebagainya.

Jika mereka tidak dibenarkan menurut undang-undang khas Sabah, di manakah penguatkuasa kita kerana Orang Semenanjung (Malaysia Barat) memerlukan ‘Pas Kerja’ atau pemastautin tetap sebelum boleh bekerja dan berniaga di Sabah; sebagaimana undang-undang yang berkuatkuasa di Sarawak.

Mengiringi makhluk daripada Sarawak ialah Warga Pakistan yang diberi kerakyatan palsu dan telah menguasai kedai runcit di kampung di luar bandar. Di sekitar bandar kedai mereka mula tumbuh bagaikan cendawan di musim hujan terutama di kawasan Beverly Hills di Bundusan, Penampang.

Malang bagi peniaga kecil Sabah yang terhimpit dengan hutang along, Tekun dan sebagainya kerana terpaksa gulung tikar kerana gagal bersaing dengan Orang Sarawak dan Pakistan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menguasai perniagaan.

Salam Hormat,

PENIAGA BUMIPUTERA YANG DIDERA!

No comments:

Post a Comment