Monday, 28 February 2011

AHLI UMNO/BN SEDAR DRAMA ‘TIPAH TERTIPU’



Oleh: MEDIA PKR SABAH

ISU Tanah Adat di daerah Tenom menjadi topik hangat di kalangan rakyat pedalaman. Isu ini menjadikan UMNO/BN ‘mati kutu’ dikerjakan oleh Ketua Cabang Halik Zaman. Beliau memberi tahu ahli-ahli baru yang menyertai PKR Cabang Tenom apakah hak SFI (Sabah Forest Industry) diberi hak tanah beratus ribu ekar sedang anak jati di Tenom diabaikan?

Kata Halik lagi, "Memanglah Om Najib Razak berani cakap hari ini tidak naik lagi minyak petrol tapi beliau tidak berani beri jaminan bahawa harga minyak petrol tidak akan naik selepas PRU13."

Kita sama sekali ‘tidak dan tidak’ memusuhi ahli UMNO/BN, kerana mereka adalah keluarga kita semua. mereka berhak mendapat petunjuk dari para pemimpin PKR/PR bahawa kepimpinan UMNO/BN itu adalah salah dan pilih kasih.

“Walaupun BN simpan calon mereka di PRU13 orang yang ‘baik’ tetapi mereka tinggal di rumah sekumpulan para pemimpin UMNO/BN yang ‘salah’ dan rakyat terpaksa tolak mereka,” terang Halik kepada ahli-ahli UMNO/BN.

Tegas Halik, para pemimpin UMNO/BN mesti faham harga sara hidup di pedalaman begitu melambung tinggi sekali dan tiada sebarang usaha dari para pemimpin UMNO/BN mahu menurunkannya.

“Para pemimpin BN dan para wakil rakyat BN tidak rasa apa yang rakyat rasakan. Maka tidak hairanlah kenapa rakyat Tenom pilih PKR/PR kerana komponen Pakatan Rakyat mempunyai formula rahsia bagaimana mahu mengatasi kemiskinan rakyat," jelas Halik yang menyimpul mati rahsia berkenaan di kotak fikirnya.

11 comments:

  1. Hope that the issues will be resolved.

    ReplyDelete
  2. isu tanah ini perlu diselesaikan dan pastikan nasib pendudu terbela.

    ReplyDelete
  3. harap isu yang ada dapat diselesaikan dengan sebaiknya seperti yanng diharapkan oleh semua pihak.

    ReplyDelete
  4. bagaimana dengan rampasan tanah yang dilakukan oleh DAP dan PAS? bagaimana dengan kenaikan air dan rumah di negeri2 Pakatan? kenaikan itu tidakpun dipengaruhi oleh pasaran dunia.. semua itu perlu juga dijadikan pertimbangan sebelum membuat pilihan.

    ReplyDelete
  5. untuk keluar dari kepompong kemiskinan, cara yang paling berkesan adalah memajukan diri sendiri. bagaimana kita mahu memajukan negara ini jika separuh daripada rakyatnya tidak mempunyai kemahiran?

    ReplyDelete
  6. Walaubagaimanapun, hanya rakyat yang mampu membuat perubahan itu.

    ReplyDelete
  7. Cuba fikirkan cara yang terbaik untuk membantu penduduk yang berada di pedalaman.

    ReplyDelete
  8. Pembangunan memerlukan berperingkat, maka kita mengharapkan kerajaan tidak lupa dengan penduduk pendalaman. Mereka juga mempunyai hak.

    ReplyDelete
  9. Kesian betul oo yang terlibat tu. Sepatutnya hal ini ditanggani sebaik mungkin dari awal bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku.

    ReplyDelete
  10. Semoga kerajaan akan memberi perhatian sewajarnya dalam hal ini. Jangan disebabkan pembangunan, perkara lain dipinggirkan. huhuu

    ReplyDelete
  11. Terpulangkan kepada rakyat bagaimana menilai isu ini.

    ReplyDelete