Oleh: KREW SABAHKINI.NET
PENGASAS United Borneo Front (UBF) Datuk Dr.Jeffrey Kitingan akan menyampaikan ceramah Agenda Borneo hujung minggu ini di Kg.Pagansangan, Mukim Bingkor. Siri jelajah UBF untuk memperkenalkan agenda Borneo itu mendapat perhatian masyarakat pedalaman dan berkeinginan untuk bersemuka dengan ikon politik Sabah, Dr.Jeffrey Kitingan.
Pejuang UBF yang juga pengerusi penganjur, Julian Lian berkata, ceramah itu akan diadakan pada 27 Februari (ahad) bermula pada jam 2.00 petang bertempat di perkarangan rumah Juse Loibin, mantan Pengerusi JKKK Kg.Pagansangan.
“Terdapat banyak permintaan untuk jelajah UBF di kawasan pedalaman, namun kita melaksanakannya secara berperingkat kerana kami tahu ramai yang ingin tahu tentang Agenda perjuangan UBF serta hak-hak Sabah yang semakin terhakis,” kata Julian.
Julian juga mengalu-alukan kehadiran orang ramai di sekitar untuk sama-sama mendengar aspirasi Agenda Borneo.
Menurutnya sempena dengan sesi perjumpaan itu juga, penyerahan borang kemasukan UBF akan diserahkan oleh wakil penduduk.
Katanya, UBF bukanlah sebuah pertubuhan politik sebaliknya adalah harapan baru kepada rakyat di Sabah untuk memahami agenda Borneo serta hak-hak rakyat negeri ini dalam kerajaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment