Saturday, 26 February 2011

L/KPL 157787 ASREH CEMAR IMEJ SABAH?



Saudara Pengarang,

SALAM Sejahtera dan terima kasih kepada kerana sudi membaca dan menyiarkan laporan ini. Saya memohon maaf jika terkasar bahasa atau mungkin menyinggung perasaan pihak tertentu. Tujuan utama bukan untuk mempertikaikan atau mempersoalkan tugas seorang anggota PDRM tapi cuma ingin menyedarkan individu agar imej PDRM tidak tercemar.

Saya merupakan seorang pelajar dari Sabah yang telah menjalani latihan praktikal di salah sebuah premis di Pekan Bau, Kuching Sarawak. Sudah lama saya ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap salah seorang polis peronda PDRM ini untuk memperbetulkan keadaan yang sepatutnya tidak lagi wujud dalam individu yang membawa imej PDRM.

Mungkin luahan rasa ini agak lewat disalurkan atas alasan keselamatan tempat saya menjalani latihan praktikal dan keselamatan saya sendiri. Sehinggalah hari ini, setelah saya keluar dari Pekan Bau, serta berbekalkan beberapa maklumat yang saya perolehi dari penduduk Pekan Bau, barulah saya berani menyuarakan isu ini.

L/Kpl 157787 ASREH BIN ALLUKAL merupakan orang yang saya ingin tonjolkan di sini. Pada penghujung tahun lepas, saya telah pergi ke sebuah bengkel baik pulih kereta yang terletak di Pekan ini. Pada masa yang sama juga, Asreh datang ke bengkel tersebut memandu sebuah Proton Waja bernombor WRJ 1182 yang kelihatan baru mengalami kemalangan.

Tanpa menghiraukan orang di sekeliling ataupun mungkin akibat terlalu takut akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak atasan, anggota ini memaksa pemilik bengkel serta pekerja @ pomen di sana segera membaikpulih kereta tersebut dalam keadaan segera.

Pemilik bengkel tersebut enggan berbuat apa-apa kerana takut ianya menyalahi undang-undang kerana menurut beliau (Pemilik Bengkel) dari perbualan yang saya dengar sendiri, laporan haruslah dibuat dahulu kepada pihak atasan bagi setiap kenderaan milik kerajaan yang terlibat dalam sesuatu kemalangan sebelum ianya dibaikpulih dan panel-panel yang dilantik sahaja dibenarkan membuat proses baikpulih tersebut.

“Jangan banyak cakap. Lu tak payah ajar saya. Lu ingat saya tidak sekolahkah? Kalau saya tidak sekolah, saya tidak kerja polis. Lu tidak mahu tolong saya tidak apa. Tapi lu ingat!” Itulah antara ugutan yang saya masih ingat lagi.

Paling memalukan saya apabila ada di kalangan pekerja bengkel tersebut mengeluarkan kata-kata yang agak menyinggung hati saya sebagai warga Sabah. Tapi saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana sebagai warga Sabah yang duduk di tempat orang Asreh sepatutnya tidak berkelakuan begitu, apatah lagi dia membawa imej PDRM.

Setelah kejadian itu, saya telah mendapat cerita-cerita dari beberapa rakan borak di pekan ini menyatakan bahawa Asreh sewenang-wenangnya mencari kesalahan orang di sekitar Pekan Bau tanpa menggunakan budi bicara. Setiap kesalahan yang dicari pasti akan membuahkan hasil kepada dirinya kerana berbekalkan kuasa yang dia ada pasti para pesalah akan cuba berunding dan tawaran ‘Wang’ akan menjadi penyelesaian yang sememangnya menjadi fokus utama Asreh.

Tapi bukan semua orang mahu menerima ‘RASUAH’ sebagai jalan terakhir menyelesaiakan masalah. Khabarnya lagi berbekalkan kuasa yang Asreh ada, dia sering meminjam kereta milik pengusaha-pengusaha bengkel di kawasan pekan ini yang sememangnya cantik dan dilengkapi dengan enjin-enjin berkuasa tinggi sehinggakan pada suatu hari dia menyebabkan salah sebuah kereta tersebut terbabas ke dalam semak akibat hilang kawalan.

Rentetan dari kejadian itu, pemilik kenderaan itu meminta ganti rugi dan sekali lagi kuasa digunakan untuk penyelasian masalah. Memandangkan tiada apa yang ditakutkan oleh pemilik kereta tersebut serta tiada kesalahan yang terselindung maka pemilik kereta tersebut berkeras meminta ganti rugi.

Keadaan terdesak sebeginilah yang sering membuatkan Asreh menyalahgunakan kuasa yang ada. Rungutan juga sering disuarakan oleh beberapa orang ‘Runner@ budak Towing’ serta pemilik bengkel yang berada luar dari Pekan Bau apabila Asreh sering menghalang mereka mengambil kereta-kereta yang mengalami kemalangan di sekitar Pekan Bau untuk membuat proses Insuran, tuntutan dan pembaikan.

Asreh hanya memberikan alasan, “Ini area saya orang. Lu orang tidak boleh tarik.” Tujuannya sama juga iaitu mendapatkan Komisyen dari pengusaha bengkel di Pekan ini.

Jika dirujuk kepada garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Industri Automotive Malaysia (P.I.A.M), tiada satu pun syarat yang memberi arahan kepada pembahagian atau menghadkan Zon Tunda.

Semuanya bergantung kepada Pemilik kereta serta Syarikat pengeluar insuran. Boleh dikatakan kereta peronda milik Balai Polis Daerah Bau dijadikan aset serta ‘LESEN BESAR’ untuk berkuasa.

Rungutan demi rugutan penduduk Bau inilah yang membuka hati saya untuk membuat aduan yang diharap mendapat tumpuan dari Menteri Dalam Negeri dan Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Masih banyak lagi kesalahan yang dilaporkan dilakukan oleh Asreh menjadi bualan penduduk di sini yang tidak dapat saya ceritakan sepenuhnya kerana amat memalukan. Banyak juga mulut-mulut yang sering berkata, “Kalaulah orang seperti ini di tempatkan d ibandar-bandar besar, sudah pasti makin besarlah maruah yang tergadai, makin tercemarlah imej PDRM”.

Saya rasa mereka di Pekan Bau dan Sekitar Bandar Kuching mahupun seluruh Sarawak tidak perlukan orang seperti ini berkhidmat di sini dan jauh sekali kami di Negeri Sabah.

Sekali lagi saya memohon maaf jika terkasar bahasa dalam menyuarakan rasa hati ini. Saya berharap benar agar ada insan yang dapat memandang hal ini sebagai hal serius.

Salam Hormat,

RAKYAT SABAH BERMARUAH

15 comments:

  1. Jangan kerana setitik nila, rosak susu sebelaga.

    ReplyDelete
  2. orang seperti ini lah yang mencemarkan nama baik PDRM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuck U, kalo bkn polis dn atm yg selamatkan bumi sabah..dh lma u org jadi pelarian kt tempat sendiri

      Delete
  3. jika benar seperti yang dikatakan, ini amat memalukan. pekara ini perlu disiasat.

    ReplyDelete
  4. inilah akibatnya bila memberikan kuasa kepada penjenayah. semakin mudah la dia melakukan jenayah. sepatutnya orang ramai yang sudah pernah berhadapan dengan anggota PDRM ini tampil membuat laporan supaya anggota PDRM itu tidak terus bermaharajalele di kawasan itu.

    ReplyDelete
  5. Saya tak tahu sangat pasal si Asreh ni tapi saya pun ada kawan di Bau juga. Memang di sana polisnya konon mcm samseng. Tapi taktaulah sebab saya pun tak pernah alaminya (palis2).

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAQ U IN,,, KALO SETAKAT DGR CAKAP ORG, BGUS JAGA TEMPAT SENDIRI, POLIS SAMSENG U ORG KOMPLEN, POLIS MATI SEMASA SELAMATKAN BUMI SABAH U ORG ADA KIRA MEH..Blogger, jgn nk siarkan benda yg tidak sahih

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Apapun hal ini patut disiasat dan jika benar dakwaan yang dibuat, pihak atasan harus ambil tindakan dan bersihkan imej PDRM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. Hopefully the authorities will look into this issue and take the correct actions.

    ReplyDelete
  8. A police officer should always take care of their reputation so that it will not affect their other team members.

    ReplyDelete
  9. Lantak kau lh nak fitnah aku admin..aku masih Kja lg smpi sekarang..harap yg buat tomahan ni bahagia sampai ke anak cucu..Tuhan saja yg tahu

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete