LANCAR…. Radin melancarkan kempen berkenaan dengan sokongan penuh Raime.
Oleh: MAIL MATHEW
PEMBANTU Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Radin Malleh mengingatkan masyarakat pengguna agar menyedari dan menginsafi kesan di sebalik hikmah penggunaan beg plastic, terutamanya ketika membeli belah di pasaraya kerana bukan sahaja mewujudkan pencemaran alam sekitar, tetapi juga akan membahayakan kesihatan manusia.
Katanya, masyarakat pengguna diharuskan mematuhi beberapa saranan kerajaan termasuk anjuran kempen kesedaran berhubung implikasi penggunaan itu secara serius sebelum kesan sampingannya menular dengan teruk sehingga sukar untuk dibendung.
“Kita jalankan kempen ini sebelum keadaan menjadi parah tetapi kita bukan bermaksud menidakkan penggunaan beg plastic, but we want to reduce the use of plastic bag,” kata beliau ketika melancarkan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik di perkarangan Pasaraya Bestamart Tenom, kelmarin.
Hadir sama dimajlis itu, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimie Unggi; ADO Clarence Puin Pinduruh; Pengurus Besar Bestamart Sabah Lau Tion Guan; Ketua Polis Daerah DSP Mazlan Haji Lazim; Ketua Unit Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi Kepenggunaan (KPDN&KK) Keningau Rumji Abdul Hamid dan para Pegawai kerajaan Negeri dan Persekutuan serta para pemimpin masyarakat tempatan.
Kempen kesedaran menghadkan penggunaan beg plastik yang bertemakan ‘Hari Sabtu hari tanpa beg plastik’ anjuran bersama Pejabat Daerah Tenom, Gerakan Pengguna Daerah Tenom, Unit KPDN&KK cawangan Keningau, Pusat Tindakan Alam Sekitar Sabah (EAC) dan Pengurusan Bestamart Sabah.
Tegasnya lagi, dari aspek pencemaran alam sekitar tidak dapat disangkal lagi kerana sampah sarap seperti plakstik di buang secara wewenang di merata tempat sehingga merosakkan keceriaan Bandar dan menyumbang kepada pemanasan global.
Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap seterusnya berkata, beliau mengalu-alukan usaha pihak penganjur kempen kesedaran tersebut kerana selain daripada menghindarkan golongan itu terjebak dengan masalah kesihatan fizikal manusia kerana akibat tindakbalas kesan sisa-sisa toksik.
Malahan jelas beliau lagi, usaha tersebut dapat mendidik masyarakat pengguna untuk mengurangkan beban kerajaan terhadap tanggungannya melupus sampah sarap yang semakin meningkat khususnya sisa-sisa buangan bekas minuman dari beg plastik.
Dalam pada itu, Radin turut menyarankan agar masyarakat pengguna beralih sahaja kepada pengguaan bakul buatan tempatan yang dihasilkan oleh para penggiat kraftangan seperti ‘barait, bubuyong, bakul garawang dan pupuran’ siap dengan pelbagai ukiran yang menarik untuk menyimpan barangan ketika mereka membelibelah.
“Mereka tidak perlu segan atau malu untuk menggunakan peralatan buatan tempatan untuk membelibelah daripada mereka terus menerus menggunakan beg plastik yang mendatangkan pelbagai kerosakan seperti alam sekitar dan kesihatan manusia. Menggunakan produk tempatan lebih baik dan terjamin,” tegas Radin.
Dalam pada itu, Besar Bestamart Supermarket Sabah, Lau Tion Guan menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membekalkan beg plastik kepada sesiapa juga pelanggannya pada setiap hari Sabtu demi menyokong kempen majlis kesedaran pengurangan penggunaan beg plastik, seperti yang disarankan oleh kerajaan dan agensinya untuk mencapai matlamat.
Tegasnya, beliau sedar bahawa tindakannya itu mendapat tentangan yang hebat daripada para pelanggan namun pihaknya tidak akan berkompromi kerana negara perlu dibebaskan daripada pencemaran alam sekitar yang bakal merosakkan ekosistem.
“Kalau pelanggan itu berkeras juga mengkehendaki beg plastik, kami beri juga tapi kami kenakan denda 20 sen setiap satu helai beg plastik. Wang denda yang terkumpul itu akan kami serahkan kepada badan badan kebajikan dan NGO. Sebaliknya kami bukan lebih mementingkan keuntungan semata-mata,” kata beliau ketika berucap mengalu- alukan majlis pelancaran kempen tersebut.
Lau berkata, beliau menyedari bahawa tanggung jawab menjaga pencemaran alam sekitar yang turut mengaitkan fenomena pemanasan global jika keadaannya berterusan merupakan tindakan bersama dan sebaliknya bukan menyandarkan semata-mata masalah itu kepada kerajaan.
“Kita juga melihat bagaimana sukarnya pihak berkuasa tempatan melakukan kerja-kerja pembersihan dan kemudiannya pelupusan sampah yang melibatkan sisa-sisa pepejal seperti plastik terutama apabila dibakar akan mengeluarkan bau yang meloyakan,” tegas Lau.
Beliau menambah, sebab itu pihaknya akan memberikan kerjasama yang erat untuk membanteras penggunaan beg pastik secara tidak bertanggung jawab dan dibuang di merata-rata tempat sebelum ini.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Gerakan Pengguna Daerah Tenom, Kapitan Wong Tek Yun ketika diminta mengulas kempen tersebut menyifatkannya satu usaha yang amat bertepatan sekali kerana jika masyarakat pengguna tidak didedahkan akan bahaya pencemaran alam sekitar yang diakibatkan oleh timbunan plastik tanpa kawalan, mereka (pengguna) tidak tahu apa akibatnya nanti.
Wong berkata, selain menyukarkan melupuskan sampah sisa-sisa plastik, ia juga akan menyebabkan masalah lain yang ada kaitan dengan pencemaran udara dan pemanasan global. Walaupun negara ini masih belum ditahap serius atau kritikal dari segi pencemaran jika dibandingkan dengan negara maju, namun dari persediaan ke arah mendidik masyarakat perlu dilakukan.
No comments:
Post a Comment