Monday 28 February 2011

KDN SEKADAR JADI ‘PENYIBUK’.



Oleh: MAIL MATHEW

NAIB Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah, meminta pihak Kuala Lumpur khususnya Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin agar menyegerakan penyelesaian isu tertunggak projek pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang kini semakin hangat dan menjadi topik bualan masyarakat tempatan tanpa mengira dimana sahaja mereka berada.

Tegasnya, selagi ia tidak diselesaikan secara mutlak selagi itu rakyat tempatan semakin rancak mempertikaikan keputusan kerajaan yang melengah-lengahkan tindakan tersebut, sedangkan masalah tersebut dikategorikan sebagai ‘ibu segala masalah jenayah’ di Sabah.

”Masalah tersebut sudah menjangkau lebih 20 tahun berterusan begitu sahaja, namun pihak terbabit khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekadar mampu ‘menyibuk' terutama sekali bila pilihanraya umum semakin hampir tetapi hasilnya kosong,” kata beliau yang menyifatkan pemimpin BN Sabah cuba menutupi isu penting ini.

Jimmy yang juga Ketua CLC Tenom seterusnya berkata, kedudukan isu Kad Pengenalan palsu dan kerakyatan kepada PATI bukan perkara baru malahan ia telah wujud sejak kerajaan USNO, Berjaya, PBS dan kini BN, tetapi usaha menangani masalah tersebut memang sukar diatasi jika masalah itu mempunyai agenda lain.

“Demi keselamatan, kedaulatan dan keharmonian negeri dan rakyat Sabah, kita menyokong cadangan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Bumburing supaya kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menangani masalah itu, tetapi sebaliknya kita kecewa bila KDN menolaknya,” tegasnya lagi.

Kata Jimmy, Kerajaan Pusat wajib mengenepikan segala perbezaan politik, tetapi sebaliknya mereka harus lebih fokus kepada usaha melayani permintaan rakyat Sabah yang mempunyai rasionalnya.

Jimmy turut menegaskan bahawa kini SAPP sedang bergerak menjalankan kempen mendapatkan tanda tangan daripada semua lapisan masyarakat di seluruh Sabah tanpa mengira status mereka untuk diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong dalam usaha mendapatkan perkenan Baginda bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Ketika ditanya apakah kempen tandatangan itu akan turut bergerak ke kawasan pedalaman dan bagaimana sambutannya setakat ini Jimmy berkata;

“Kempen itu melibatkan semua kawasan di Sabah. Manakala di pedalaman juga akan mula bergerak dalam beberapa hari lagi. Mengenai sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana semua rakyat beriya benar mahukan penubuhan Suruhanjaya tersebut,” tegas beliau.

Dalam pada itu, ketika ditanya berhubung laporan media baru-baru ini ada beberapa penduduk di Mukim Rundum meluahkan kekuatiran yang mereka (penduduk) akan menjadi pelarian di bumi sendiri selepas Jabatan Perhutanan mengharamkan tanah dan perkampungan di situ kerana didakwa telah memasuki kawasan hutan simpan beliau berkata;

“Saya sedih mendengar masalah tersebut berlaku di kawasan tanah tumpah darah mereka sendiri, sedangkan di situlah kelahiran mereka turun temurun sejak nenek moyang mereka lagi. Anehnya, kawasan hutan simpan di situ baru digazetkan sekitar tahun 1984. Jadi saya harap wakil rakyat di situ akan dapat mengatasi masalah tersebut dengan seberapa segera,” tegas Jimmy.

Kata Jimmy lagi, beliau tidak mahu membuat kesimpulan secara melulu berhubung perkara tersebut selain akan berkunjung ke tempat itu untuk mendapatkan maklum balas senario yang sebenarnya berlaku daripada para penduduk kampung yang terlibat.

“Kita tidak mahu komen apa-apa dulu kerana kita mahu lihat dulu keadaan sebenarnya. Kalau boleh kita juga elakkan spekulasi politik terlalu banyak dari mana-mana pihak kerana khuatir penduduk akan lebih tertekan,” tambah beliau lagi.

12 comments:

  1. Lets just hope that the issue can actually be solved and not just used as a politicking tool.

    ReplyDelete
  2. isu2 yang melibatkan hak2 dan kepentingan penduduk Sabah ini perlu diberi perhatian.

    ReplyDelete
  3. memang sukar untuk meyelesaikan masalah yang berlaku. usaha gigih dan berterusan diperlukan dalam hal ini.

    ReplyDelete
  4. bukan SAPP sahaja yang berjuang untuk menyelesaikan masalah ini. pemimpin2 Sabah yang lain bukan sahaja dari BN malah dari parti2 politik yang lain juga lebih dulu menyuarakan masalah ini dengan lantang. jadi tidak perlulah SAPP beranggapan bahawa pemimpin2 BN cuba menutup isu ini seolah2 SAPP satu2nya parti politik di Sabah yang sedang berjuang untuk menyelesaikan semua masalah2 Sabah.

    ReplyDelete
  5. Isu yang tidak pernah selesai. Dimanakah silapnya? Siapa yang bersalah untuk ini?

    ReplyDelete
  6. Kenapalah isu ni tidak dapat diselesaikan... Kata orang sesukar manapun masalah, semuanya pasti dapat ditanggani jika ada kesungguhan utk menyelesaikannya... Jadi napa isu ni masih juga sama; tak pandai selesai!!! huhu

    ReplyDelete
  7. Semoga isu ini akan dapat ditanggani nanti:)

    ReplyDelete
  8. KDN berhak untuk memberikan keputusan. Mungkin ada sebab kenapa mereka tidak menerima RCI. Apa pun kita pinta penjelasan dibuat oleh KDN.

    ReplyDelete
  9. Kenapa Kerajaan mati matian mempertahankan ketuanan Melayu di semenajung? Kenapa di Sabah tidak dipertahankan ketuanan Bumiputera? Rakyat asing diberi IC secara haram. Kami sayangkan Kerajaan tetapi segalanya ada batasnya. Orang Sabah jangan pandai cakap sahaja. Kita mesti turun padang untuk buat bantahan secara aman di Kota Kinabalu. Hantar memorandum secara aman. Selama ini kita diperbodohkan..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Masalah yang diakibatkan oleh PTI di Sabah:
    1. Kes jenayah berleluasa.
    2. Penyeludupan dadah, senjata api, petrol.
    3. Aliran keluar wang dari Sabah ke negara lain.
    4. Undi Haram.
    5. Gaji bidang swasta rendah.
    6. Masalah ekonomi.
    7. Pelacuran.
    8. Kemiskinan.
    9. Masalah Tanah.
    10. Penganguran

    ReplyDelete
  12. Banyak isu yang timbul disebabkan PATI. Kita tidak boleh duduk diam tanpa melakukan apa-apa lagi.

    ReplyDelete