Monday, 28 February 2011

KEMPEN TANDATANGAN DI GAYA STREET



Saudara Pengarang,

KEBANJIRAN pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah tidak dapat dinafikan lagi. Suara dan rintihan rakyat Sabah langsung tidak dapat perhatian oleh Putrajaya sedangkan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing telah mengemukakan memorandum tentang PATI di Sabah. Mungkin 5 tahun lagi, jumlah PATI akan melebihi jumlah penduduk tetap di Sabah.

Atas dasar prihatin dan tanggungjawab terhadap negeri Sabah, SAPP telah melancarkan serangan dengan mengadakan kempen tandatangan untuk mendesak Kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan masalah PATI ini.

Target utama adalah 100 ribu tandatangan daripada rakyat Sabah. Saya juga difahamkan kempen ini berjalan mengikut jadual kerana pagi tadi (ahad) mereka berada di Gaya Street Kota Kinabalu. Saya sendiri telah menurunkan tandatangan tanda setuju suruhanjaya ini ditubuhkan.

Saya berharap pihak parti politik yang lain juga menyokong tindakan SAPP ini kerana jika bukan kita siapa lagi yang akan melakukan tugas penting ini? Saya juga menyeru kepada semua rakyat Sabah supaya menurunkan tandatangan agar melebihi sasaran.

Sekalipun kempen pagi tadi tidak menggunakan pembesar suara mereka cuma menggunakan banner agar warga Sabah menurunkan tandatangan secara sukarela.

Kita berharap kempen tandatangan ini membuahkan hasil dan dapat menyelesaikan masalah PATI yang semakin lama semakin menjadi kanser. Gambar yang diambil ini menunjukkan rakyat Sabah menyokong hasrat murni SAPP.

Salam Hormat,

LOPUNG

14 comments:

  1. Hope that this petition can really help fight for the Royal Commission of Investigation.

    ReplyDelete
  2. Everyone should sign this petition for the sake of Sabah. We don't want more illegal immigrants coming in to Sabah.

    ReplyDelete
  3. ramai yang berhrap agar masalah PATI dpt diselesaikan. dan segala usaha untuk selesaikannya harus disokong.

    ReplyDelete
  4. Hopefully one day this PATI issue will solve, and no more will us sabahan worried.

    ReplyDelete
  5. memang sukar untuk menyelesaikan masalah PATI ini. harap ianya akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  6. semoga usaha berterusan untuk membendung PATI akan berjaya.

    ReplyDelete
  7. jika semua pemimpin dan parti politik serta NGO di Sabah bersatu, tidak mustahil masalah yang selama ini terlalu liat untuk diselesaikan pasti dengan mudah dinoktahkan.

    ReplyDelete
  8. Jika ini untuk rakyat, dan untuk menyelesaikan masalah PTI, saya rsa kita perlu sokong usaha ini.

    ReplyDelete
  9. Semoga ada jalan penyelesaian dalam kes ini.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Pribumi Sabah patut sokong petition ni. Saya hairanlah kalau ada yang tidak mahu sokong. hehe

    ReplyDelete
  12. Semoga usaha ini membuahkan hasil yang positif:)

    ReplyDelete
  13. Semoga kerajaan ikhlas mengatasi masalah ini sblm ia makin menjadi parah dan kita menjadi pelarian di tanahair sendiri seperti yg berlaku kpd rakyat palestin... Jauhhh2x palisss

    ReplyDelete
  14. Rakyat Sabah perlulah menyumbang usaha untuk mendapatkan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja ini.

    ReplyDelete