Oleh: Mail Mathew
SETIAUSAHA Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom, Misery Raisimin menggesa pemimpin Umno Tenom, khususnya Timbalan Ketua Bahagiannya, Suhaili Guriaman agar tidak mencampuri urusan kepimpinan dalaman PKR tetapi adalah lebih baik beliau menumpukan perhatian kemantapan bahagian parti itu yang kini pengikut mereka semakin berkurangan dan berhijrah ke parti pembangkang.
Katanya, adalah kerana beliau (Suhaili) senantiasa ‘syok sendiri’ dan duduk di bilik berhawa dingin setiap hari menyebabkan dia sendiri yang tidak tahu apa telah berlaku dengan pengikut-pengikut parti itu yang dianggapnya masih kukuh seperti dulu lagi.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini pada Isnin ketika mengulas kenyataan Suhaili yang tersiar di akhbar tempatan baru-baru ini yang mendakwa kononnya kepimpinan PKR semakin berkecai kerana pemimpin-pemimpinnya tidak sehaluan dan tiada halatuju membangunkan rakyat.
Misery berkata, Suhaili yang sekadar melihat satu pihak sahaja terutamanya pembangkang yang mengambil contoh pergolakan dalaman PKR sebagai sasaran, kononnya pembangkang lemah dan tidak mampu menawan hati rakyat; adalah merupakan satu anilisis dan perkiraan politik yang diamalkan Suhaili sebagai ‘silap dan kabur’.
Misery menambah, mengapa Suhaili tidak melihat secara keseluruhannya yang melibatkan parti-parti komponen yang kini sedang bergelut dengan masalah korupsi yang serius dan berhadapan dengan perbicaraan di Mahkamah seperti beberapa pemimpin MCA.
Malahan merangkumi beberapa pemimpin Umno yang telah terlibat dengan kes rasuah semasa pemilihan Umno lalu termasuk beberapa kes pemimpin Umno Sabah terutamanya mantan Ketua Menteri Sabah yang terlibat kes hutang jutaan ringgit kerana perjudian luar Negara.
“Inikah jenis pemimpin yang dikatakan Suhaili kononnya pemimpin Umno semuanya baik baik dan BN adalah wadah perjuangan politik terbaik kerana pemimpin pemimpinnya berwibawa dan baik-baik?. Apakah benar dakwaan Suhaili itu dan betulkah mereka ini baik dan layak disokong rakyat sekali lagi,” tegas Misery.
Tegasnya lagi, soal pergolakan dalaman parti ia bukan sahaja dialami kepimpinan PKR tetapi juga di pihak UMNO juga pernah melaluinya, malah lebih teruk daripada apa yang berlaku dalam PKR sejak akhir-akhir ini.
“Kita juga pernah dikejutkan apabila beberapa pemimpin tertinggi Umno pusat suatu ketika dulu keluar beramai-ramai ketika era Tun Mahathir, antaranya Tun Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri; Tengku Razaleigh Hamzah keluar Umno dan menubuhkan Semangat 46. Manakala di Sabah, Datuk Karim Ghani dan beberapa lagi yang lain keluar Umno kerana tidak sehaluan dengan kepimpinan Umno negeri yang tidak konsisten dalam agenda perjuangannya,” tegas Misery.
Mengenai dakwaan Suhaili kononnya PKR sudah tidak ada pemimpin yang baik-baik kerana semua pemimpin yang baik-baik sudah berada dalam BN menyebabkan PKR sukar untuk memenangi pilihanraya akan datang Misery berkata;
“Soal menang atau kalah dalam sesuatu pilihanraya ia ditentukan oleh pengundi dan bukan ditentukan oleh seseorang individu khususnya Suhaili, kerana pengundi yang lebih arif dan paling berkuasa membuat pilihan pemimpin yang mereka suka, malah mereka lebih cenderung memilih pemimpin yang tidak korup, biar pun pemimpin itu dilihat perawakannya agak sederhana,” tegas Misery.
Dalam pada itu, Misery mencabar Suhaili agar membuat satu memorandum yang ditandatangani oleh semua ahli Umno di sini menyokong cadangan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat pemberian Kad Pengenalan Palsu dan kerakyatan kepada PATI jika benar Umno Tenom dan Suhaili menyatakan kehadiran UMNO-BN di Sabah demi keselamatan dan kesejahteraan serta keharmonian rakyat Sabah.
Sebagai makluman Suhaili, kepimpinan PKR dan parti pembangkang di Sabah sudah pun menubuhkan ‘task force’ masing-masing untuk mendapatkan tanda tangan segenap lapisan rakyat Sabah untuk menyokong penubuhan Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat siapakah dalang di sebalik projek pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI termasuklah warga Pakistan yang kini berkeliaran di Tenom.
Voters be prepared to vote the right party. The decisions are in our hands.
ReplyDeletesetiap parti ada masalah mereka sendiri, tapi yang pernting mereka kena bijak dalam mengendalikannya.
ReplyDeleterakyat sentiasa membuat penilaian. parti yang menunjukkan prestasi yang baik akan disokong..
ReplyDeletePandai-pandailah rakyat menilai. Pastikan rakyat mengundi yang terbaik bila PRU13 diadakan nanti.
ReplyDeleteJadi yang PKR selama ini mengganggu pengurusan BN boleh pula??Kenapa BN tidak boleh. PKR tidak perlulah risau, yang kita tahu rakyat yang menentukan siapa yang mereka pilih.
ReplyDeletePKR hanya dilihat sebagai sebuah parti yang memperjuangkan seseorang yang berhasrat menjadi Perdana Menteri, terkongkong dengan kuasa bateri 3A (Anwar, Azmin dan Azizah), gemar menggunakan strategi jalan belakang bagi memancing pengaruh (termasuk percubaan mempengaruhi wakil rakyat BN), berdolak-dalik dalam menetapkan haluan politik (sehingga pemimpin tertingginya dianggap sebagai sesumpah), krisis moral pemimpin (rasuah, kes liwat, mencaci negara, meminta sokongan asing bagi membebaskan diri, dan menyebarkan fitnah), kurang melayani kehendak orang Melayu dan terakhir tidak mempedulikan pengundi yang memberikan mereka kekuatan pengaruh.
ReplyDeletememang betullah apa yang dikatakan oleh Suhaili Guriaman berdasarkan realiti PKR hari ini. PKR juga tidak perlu mendabik dada kononnya masih kukuh sedangkan sudah banyak tiang2 PKR yang roboh. jika PKR tidak mahu parti lain mencampuri urusan kepimpinan dalaman PKR, lebih baik PKR berhenti berpolitik. macam la PKR tidak pernah mencampuri urusan kepimpinan parti lain...
ReplyDeleteKita tunggulah PRU-13 untuk membuat pengundian.
ReplyDelete