Wednesday 23 February 2011

KETUA PENGARAH KASTAM SEMAKIN HEBAT?



Saudara Pengarang,

ARAHAN Ketua Pengarah Kastam untuk menjaga ketat Pulau Labuan supaya rokok dan minuman keras tidak dapat diseludup keluar dari Labuan memang kita sokong penuh atas tindakan beliau.

Tahun lepas banyak artikel yang disiarkan di Sabahkini.net berhubung Ketua Pengarah Kastam yang bersubahat dengan kroni-kroninya di Bintulu dan Kuching menyeludup rokok, minuman keras, sayap ayam (yang diisytiharkan (declare) masuk ke Miri untuk transhipment ke Brunei tetapi semuanya dijual di Sarawak tanpa AP, Sijil Halal dan tanpa membayar cukai jualan) barangan elektrik dan diesel subsidi. Pada masa itu beliau memegang jawatan Ketua Pengarah (Pencegahan).

Pada mulanya kami tidak percaya isu tersebut dilempar orang ramai terhadap Ketua Pengarah Dato Khalid sehingga seorang pegawai kastam yang pencen membongkarkan kegiatan Ketua Pengarah dia di Sabahkini.net baru kami mula meluangkan sedikit masa untuk merisik latar belakang dengan teliti.

Kami buat risikan di Sarawak dan maklumat yang diterima tentang kes yang dibongkar oleh Sabahkini.net adalah BENAR dan beliau bukan saja dalang sindiket penyeludup besar di Sarawak tapi juga seorang rakan kongsi tauke penyeludup besar di Bintulu dan Kuching.

Senario terkini ialah Ketua Pengarah Kastam mengarah pegawai pencegah menjaga ketat di Labuan supaya kroni beliau di Sarawak dapat membawa masuk minuman keras ke Sabah melalui Sindumin, Sipitang.

Seorang Pegawai Imigresen Sindumin pernah membongkarkan kegiatan membawa masuk minuman bir ke Sindumin, Sipitang tanpa diperiksa oleh Kastam di check point.

Manakala rokok haram akan diseludup masuk ke Kudat dengan mengunakan bot laju dengan yang menggunakan dua enjin sangkut berkuasa kuda 200hp atau bot pukat tunda dan pusu. Dua bulan lalu, APMM juga turut mencekup sebuah kapal kayu yang cuba menyeludup masuk rokok di perairan Kudat.

Kami juga pernah melawat ke Sarawak dan kesemua kedai kopi dan karaoke menjual rokok dan minuman bir murah tanpa membayar cukai. Kini Sarawak pun seperti pulau bebas cukai Labuan. Oh! Silap kami kerana terlupa bahawa Ketua Pengarah Kastam orang Sarawak. Mungkin dia juga tidak berkuasa menjaga Sarawak.

Kami hairan kerana Labuan dijaga 24 jam sejak lapan bulan lalu dan macam mana Sarawak dan syarikat Kelly atau Tauke Niu dan syarikat bir draf dimiliki Steven Voo di Kota Kinabalu semakin menambah banyak stok bir dan cukup untuk dibekalkan ke seluruh Sabah. Apa lagi di Sarawak.

Begitu ramai Ketua Pengarah Kastam yang telah bersara dan tidak ada Ketua Pengarah seperti Dato’ Khalid yang bertugas hanya untuk kepentingan poket sendiri saja dan berlagak seperti tidak pernah menyalahguna kuasa dan tidak mengamalkan rasuah.

Dato’ yang budiman, dengarlah nasihat kami. Pencenlah dengan reputasi yang baik dan tidak perlu menunjukkan kemahiran melakukan korupsi atau berlakon baik di hadapan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet agar dapat disambung dua tahun lagi sebagai Ketua Pengarah Kastam.

Kami tidak berniat sama sekali untuk merosakkan imej atau reputasi Dato’. Kami hanya sekadar ingin menyedarkan manusia yang melakukan korupsi, termasuk menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri.

Ingatlah bahawa Tuhan ada CCTV 24 jam untuk memantau kita. Jadi bertugaslah dengan penuh amanah dan jujur menjalankan tugas selagi masih ada kesempatan untuk bertaubat.

Pastikan gaji yang kita terima halal agar anak isteri tidak terkena kisas, terutama jika digunakan untuk membiayai makan minum dan pelajaran anak-anak.

Kami memohon jasa baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat harta termasuk akaun bank Ketua Pengarah dan suku sakatnya kerana kapal yang dicekup Polis Marin tiga tahun lalu di Bintulu membawa berpuluh kontena rokok haram dan minuman keras yang belum dibayar cukai dilepaskan begitu sahaja.

SPRM yang diberi kuasa penuh oleh Perdana Menteri untuk menyiasat semua pemimpin kerajaan atau pegawai atasan kerajaan tidak perlu gentar untuk menyiasat Ketua Pengarah Kastam.

Jika Pegawai Kanan Polis, Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Pengarah JPJ boleh disiasat, kenapa ketepikan Ketua Pengarah Kastam daripada sebarang siasatan walau sudah berkajang surat aduan dikirim kepada SPRM.

Andai dakwaan kami tidak benar, beliau boleh memberi penjelasan melalui Sabahkini.net dan juga media masa. Jangan sampai nanti anak cucu baca Sabahkini.net akan kencing di kubur Dato’ kerana menjadi petualang kepada Negara.

Semua tuduhan kami terhadap Dato’ adalah benar namun Tuhan memberi kesempatan kepada Dato’ untuk insaf dan kembali ke pangkal jalan. Tengok cermin dan tanya diri, betul atau tidak cuma tuhan tahu Dato terpaksa cermin diri Dan Tanya pada diri sendiri "Adakah saya melakukan korupsi?"

Akhir sekali, kami minta semua pembaca Sabahkini.net agar mencetak dan menghantar surat terbuka ini kepada kawan di luar negara atau kepada kawan yang sibuk dan tidak dapat membaca Sabahkini.net.

Jika tiada angin, masakan daun pokok akan bergoyang!.

Salam Hormat,

PEGAWAI ANTI RASUAH KELAS 1

No comments:

Post a Comment