Saturday, 26 February 2011

MANUSIA ARAB DAN MALAYSIA APA BEZANYA?



Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

DATO’ Seri Najib Razak baru-baru ini keluar negara. Beliau memberi komen bagaimana pergolakan kebangkitan fahaman demokrasi rakyat di negara-negara Arab. Anggapan Najib bahawa rakyat di sana lain dan rakyat di Malaysia lain.

Anggapan itu mungkin betul dan mungkin juga salah kerana rakyat itu adalah manusia sejagat yang mempunyai rasa, punya hati dan punya pemikiran. Manusia Arab dengan manusia Malaysia sama juga dan mempunyai perasaan dan sifat kemanusiaan.

Masyarakat Malaysia rata-rata tidak suka ISA. Kalau seseorang itu dianggap menjadi ancaman kepada Keselamatan Negara, dakwa mereka ke mahkamah untuk diadili oleh para hakim dan bukannya dengan cara tangkap, masuk penjara tanpa bicara. Setelah bertahun-tahun mereka dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.

Kerajaan dan Pembangkang wajib bermuafakat agar jangan sekali-kali menggunakan kekerasan dalam usaha menjinakkan pemberontakan rakyat yang berpaksikan demokrasi dan bertunjangkan semangat nasionalisme.

Perkara yang dirasakan oleh Pembangkang tidak adil kerana kalau penyokong Kerajaan adakan tunjuk perasaan dan perarakan di negeri-negeri yang di perintah oleh Pembangkang dibolehkan, tapi kalau Pembangkang adakan perkara yang sama tidak dibenarkan. Senario berat sebelah ini wajar diubah.

Kalau parti Pembangkang mahu adakan ceramah di dewan tidak boleh, di padang tidak boleh. Jadi mahu adakan di mana? Tandas awam? Cara ini Kerajaan mesti bersikap adil dan tolak ansur, menjadikan semua pihak merasa dilayan sama rata. Cara ini menjadikan Malaysia berlainan dengan negara-negara luar dan pastinya Malaysia sebagai sebuah negara contoh di dunia.

No comments:

Post a Comment