Monday 28 February 2011

JANGAN SISIHKAN RUNDUM DARI PEMBANGUNAN



Oleh: MEDIA PBS

SUMAMBU dan Rundum, dua kampung terpencil yang berpotensi untuk dimajukan namun memerlukan perhatian mendesak kerana masih berstatus Hutan Simpan sekalipun kebanyakan penduduk telah memiliki geran tanah.

Demikianlah komen Ketua Bahagian PBS Kemabong, Sabini Ansumor di akhir lawatan dua hari ke kampung berkenaan dalam rangka lawatan Kaunter Bergerak menawarkan khidmat Pendaftaran SPR dan ramah-mesra.

"Saya telah melihat sendiri kampung Sumambu dan berpendapat kampung ini bakal menjadi sebuah Desa Wawasan jika mendapat perhatian sewajarnya," kata beliau.

Sabini turut memohon agar kemudahan bekalan elektrik solar di SK Sumambu dibaik pulih segera dan digantikan dengan bateri lithium yang mesra alam bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru diutamakan.

Beliau terkejut dan bimbang melihat tebing sungai yang runtuh sudah masuk ke kawasan sekolah dan salah sebuah stor lama hanya tinggal sekaki setengah akan runtuh ke dalam sungai.

Menurutnya lagi, beliau risau pelajar di SK Sumambu mengalami kemalangan yang sepatutnya boleh dihindarkan dengan cara membina gabion.

Beliau turut tidak melepaskan peluang untuk melawat kampung Rundum kira-kira 12 km dari Sumambu. Jalan yang mencabar membayangkan kesulitan yang terpaksa di hadapi oleh penduduk Rundum. Jalan hampir tertutup oleh tanah runtuh dan berbecak, mencabar kenderaan 4WD.

"Saya mohon agar jalanraya ini dibaik pulih. Saya telah melalui jalan becak, jalan hampir tertutup akibat tanah runtuh dan pembetung yang hampir tidak boleh dilalui. Malah saya melihat di satu tempat itu, penduduk sendiri telah bergotong-royong membuang tanah berlumpur bagi mengelakkan kenderaan terkandas," kata beliau sambil mengakui keindahan kampung Rundum agak terpencil akibat daif.

Mengulas tentang kampung Rundum, Sabini melahirkan rasa terkilan kerana kedaifan jalanraya mengakibatkan sayuran hawa sederhana seperti kubis dan epal tidak dapat diusahakan.

“Penduduk kampung mengadu mereka tidak dapat memasarkan hasil pertanian kerana faktor perhubungan sehingga semua aktiviti pertanian mereka terbengkalai,” ujar Sabini lagi.

Difahamkan ramai pelancong berminat untuk melawat Rundum bagi menikmati kesegaran dan keindahan alam semulajadi serta tapak sejarah Kubu Antenom, namun terpaksa menunggu sehingga jalanraya dinaik taraf. Rata-rata penduduk masih ternanti-nanti siapnya jalanraya berturap seperti yang dinikmati oleh rakyat di kawasan lain.

Sementara itu penduduk di Kampung Sumambu gelisah sebab jalanraya yang bakal dibina menghubungkan Kemabong Rundum tidak melalui kampung mereka. Penduduk Sumambu berharap jalan berkenaan dapat dihubungkan dengan mereka selain merayu pihak SFI menyelenggara selalu jalanraya yang sedia ada.

7 comments:

  1. Hope that all the areas will be developed. The local people representatives should make sure that the people's needs are taken care of.

    ReplyDelete
  2. kawasan tersebut perlu dibangunkan demi kemudahan penduduk.

    ReplyDelete
  3. harap pembangunan dapat dibuat bagi memberikan kemudahan kepada penduduk.

    ReplyDelete
  4. Semoga semua dapat secara adil dari segi pembangunan. Harap perancangan dilakukan dengan baik.

    ReplyDelete
  5. sebelum ini kerajaan ada memperuntukkan RM3.1 bilion untuk menbiayai projek2 luar bandar. adakah peruntukkan itu tidak mencukupi? atau sedang dilaksanakan?

    ReplyDelete
  6. peruntukan untuk pembangunan luar bandar telah diberikan, pembangunan luar bandar tentu akan dilaksanakan.

    ReplyDelete
  7. Semua kawasan juga patut diberikan peruntukan untuk tujuan pembagunan. Jangan sisihkan mana-mana kawasan.

    ReplyDelete