Wednesday 16 February 2011

KALAU BUKAN YTL, SAPP MASIH DALAM BN?



Saudara Pengarang,

OLEH kerana Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (YTL) sedar yang Sabah mempunyai peluang untuk menuntut kembali hak Sabah selepas PRU-12, namun ‘Surat Terbuka SAPP’ kepada Perdana Menteri pada 2008 tidak dipedulikan; maka tercetuslah ‘Undi Tidak Percaya’.

Tetapi malang kenapa pemimpin Politik Sabah tidak nampak cahaya ‘Peluang Di Hujung Jendela’? Peluang untuk Sabah merujuk kembali Perjanjian Malaysia dan 20 Perkara. Bagi saya ‘Tuntutan 8 Perkara’ yang diusulkan oleh SAPP merupakan asas perjuangan politik SAPP.

Bukan hanya kerana ‘topple jadi kita topple’ tetapi peluang akan tertutup sekiranya kita gagal pada PRU-13. Lupakan sengketa anda dengan YTL buat sementara dan fokus halatuju pembangkang. Pepatah Cina ada mengatakan, "Tidak kira itu kucing putih atau hitam, yang penting dia boleh tangkap tikus. Itulah kucing yang baik".

Salam Hormat,

PENYOKONG SAPP SABAH

No comments:

Post a Comment