Wednesday 16 February 2011

MANGSA GRO WAJIB SAMBUT PM DI LABUAN



Saudara Pengarang,

DENGAN ingatan penuh tulus ikhlas, kami menggesa agar semua isteri yang mempunyai masalah rumah tangga, terutama diceraikan suami mereka yang menyimpan GRO atau Pelacur berlesen; suami menghabiskan wang di mesin judi haram di Labuan, agar berkumpul beramai-ramai bersama keluarga dan menyambut lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib ke Labuan pada 26 Februari 2011.

Mereka harus menyampaikan terus keluhan mereka kepada Perdana Menteri berhubung masalah yang mereka hadapi kerana pihak berkuasa di Labuan tidur dan terima gaji buta daripada kerajaan dan juga daripada sindiket setiap bulan.

Sebagai warganegara Malaysia, kita wajib menyampaikan maklumat yang tepat kepada Perdana Menteri kerana kita masih sayangkan kerajaan BN. Alternatifnya, mereka harus berpakat agar tidak mengundi BN pada pilihanraya umum akan datang bagi mengelak kehancuran keluarga dan menghindar malapetaka.

Sebagai mangsa, mereka wajib mencari jalan untuk memberitahu Perdana Menteri kerana sudah pastinya mereka akan dihalang dan penganjur lawatan akan memperdaya Perdana Menteri dengan mengaburi mata beliau dengan mengadakan lawatan ke tempat menarik dan menghijab pandangan Perdana Menteri terhadap segala keburukan yang ada di Labuan, seolah-olah Labuan adalah syurga BN.

Inilah masa dan ketika yang sesuai untuk menyampaikan keluhan, sama ada melalui memorandum atau menunjukkan sepanduk untuk menarik perhatian Perdana Menteri sehingga beliau membatalkan permit GRO dan menghapuskan judi haram di Labuan.

Salam hormat.

PEGAWAI ANTI RASUAH LABUAN.

No comments:

Post a Comment