Sunday 17 April 2011

ANIFAH KE CHINA KUKUHKAN BILATERAL



MENTERI Luar Datuk Seri Anifah Aman dijadualkan membuat lawatan rasmi ke China mulai hari ini sehingga 24 April bagi mengukuhkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara ke arah meluaskan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata di Beijing, Anifah dijadualkan menemui rakan sejawatannya, Yang Jiechi.

Kemuncak lawatan itu ialah pertukaran Nota Perjanjian antara Malaysia dan China berhubung pemansuhan sebahagian daripada keperluan visa bagi pemegang pasport diplomatik dan rasmi, atau perkhidmatan.

"Perjanjian ini penting bagi kedua-dua negara, di mana ia bukan sahaja akan mengukuhkan hubungan diplomatik antara negara, tapi juga mengangkat hubungan dua hala antara China dan Malaysia ke tahap yang baru," menurut kenyataan itu.

Anifah dijadualkan melawat Sekolah Khas Sukan, serta Beijing Foreign Studies University (BFSU), dan menemui Komuniti Malaysia di Beijing dalam lawatannya itu.

Selain Beijing, Anifah juga dijadualkan melawat Guangzhou dan Hong Kong dari 21 hingga 24 April.

Di Guangzhou beliau akan melawat pejabat Canseri Konsulat Jeneral Malaysia dan Konsular Daerah Chigang, manakala di Hong Kong Anifah dijadualkan membuat kunjungan hormat keatas Ketua Eksekutif Hong Kong Donald Tsang dan menemui komuniti Malaysia. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment