Friday 22 April 2011

JETI TAMAN SABAH KOTOR DAN MEMALUKAN

Saudara Pengarang,

PADA hari rabu lalu, sewaktu saya berada di kawasan Jeti belakang Wisma Merdeka, saya mendapati sekeliling kawasan Jeti milik Taman-Taman Sabah tersebut sangat kotor, berbau dan memalukan Sabah sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Asia.

Pelancong England dan China yang berada di kawasan itu juga terhidu bau busuk dan jijik sehingga menghindarkan diri daripada kawasan tersebut sambil memekup hidung.

Saya ingin tahu siapakah harus membersihkan kawasan ini? DBKK atau Lembaga Pemegang Amanah Taman Taman Sabah?

Anti-kutu sampah yang dijalankan oleh DBKK nampaknya cuma berhasil pada hari ahad sahaja.

Datuk Masidi harus mengambil tindakan yang sepatutnya. Kalau gambaran dipaparkan ke www.youtube.com apa akan berlaku kepada Negeri Sabah?

Cintai Alam Sekitar kita.....

Salam Hormat,

MING

NOTA: Ketika dihubungi Sabahkini.net, Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun menjelaskan bahawa kejadian seperti tersebut tidak seharusnya berlaku dan meminta Lembaga Taman Sabah mengambil tindakan proaktif membersihkan kawasan tersebut segera dan memastikan bukan sahaja kelihatan bersih, malah berbau bersih dan segar kerana menjadi kawasan tumpuan utama pelancong asing. Beliau berjanji akan memastikan kejadian berkenaan tidak akan berulang lagi dan berterima kasih kepada Ming yang membuat aduan ini.

No comments:

Post a Comment