Saturday 30 April 2011

ANIFAH BIDAS PETRONAS GAGAL TUNAI JANJI


PETRONAS, syarikat minyak negara, pada Sabtu diminta menyegerakan pembinaan satu sekolah teknikal di negeri ini yang khusus bagi melatih anak-anak negeri Sabah, khususnya dari golongan Bumiputera, di dalam bidang minyak dan gas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang juga anggota Parlimen Kimanis, berkata langkah Petronas itu akan membuka peluang kepada tenaga kerja negeri ini untuk merebut peluang pekerjaan di dalam sektor itu yang dilaksanakan di Sabah kelak.

Di dalam hubungan ini, Petronas perlu juga memberi peluang kepada syarikat perniagaan Bumiputera Sabah sendiri untuk melaksanakan kerja yang berkaitan minyak dan gas di negeri ini, katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-13 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Sabah, beliau juga telah meminta Petronas membina loji di kawasan Kimanis minyak dan gas di sini.

Katanya sehingga ini tidak banyak yang dilakukan Petronas selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan DPMM Sabah berkaitan projek minyak dan gas di kawasan Kimanis.

Beliau juga melahirkan kekecewaannya apabila Petronas didakwanya tidak menepati syarat selepas penduduk Kpg Takis, Papar di dalam kawasan Kimanis, menyerahkan kawasan tanah adat seluas 100 hektar bagi pembangunan satu terminal minyak dan gas.

Sehubungan itu, beliau juga berharap Peronas tidak memberi keutamaan semata-mata kepada Bintulu di Sarawak bagi membina projek berkaitan minyak dan gas, malah untuk menyediakan projek di Sabah, agar kesan limpahannya dapat dirasai oleh semua penduduk negeri itu (BERNAMA).

No comments:

Post a Comment