Sunday, 24 April 2011

PENGUATKUASA LABUAN TIDUR, BUTA DAN TULI?



Saudara Pengarang.

SALAM 1 Malaysia. Penduduk Keningau harus berbangga kerana ada seorang Ketua Polis Daerah (OCPD) yang rajin bersama anggotanya membanteras kegiatan haram seperti Dadah, Judi dan Pelacuran; seperti yang dilaporkan akhbar tempatan minggu lalu bahawa IPD keningau telah menangkap 16 Pelacur yang bekerja sebagai Pelayan di sebuah restoran di Keningau tanpa sebarang dokumen dan Pas kerja.

Kami Penduduk W.P Labuan berharap SPRM, Pegawai Bukit Aman D7 bersama Pasukan Rela mengadakan satu operasi bersepadu dan serbuan mengejut di Labuan untuk membanteras kegiatan haram tersebut yang semakin berleluasa di tengah bandar Labuan.

Pihak berkuasa tempatan seperti Imigresen dan Perbadanan Labuan masih ‘TIDUR’, Mesin Judi Beroperasi di tingkat satu tetapi Pegawai Penguat kuasa Perbadanan Labuan ‘TIDUR’ sehingga Pusat urut, Karaoke, Pub, Pool House menggunakan kuota pelayan menjalankan kegiatan pelacuran.

Oleh kerana pegawai Imigresen Labuan ‘TIDUR, BUTA dan TULI’, SPRM Labuan harus menyiasat jabatan tersebut selepas Kes KDRM kerana kami percaya banyak pegawai Penguatkuasa tempatan korup dan dalam ‘Pay Roll’ sindiket setiap bulan dan dapat semuanya (perempuan, minuman, bilik hotel, tiket penerbangan dan sebagainya) secara percuma atau FOC.

Jika orang awam boleh tahu kegiatan haram ini, kenapa Pihak Polis, Imigresen dan Perbadanan Labuan tidak tahu langsung kegiatan haram tersebut di dalam pulau kecil ini?

Macam mana jika Pegawai yang bertugas di Labuan ditukar ke daerah besar seperti Kota Kinabalu atau Kuching, bolehkah mereka menjalankan tugas mereka sedangkan Labuan hanya mempunyai 80,000 penduduk pun tidak dapat dikawal, macam mana mahu jaga ratusan ribu penduduk?

Hakikatnya, pihak berkuasa tempatan hanya tahu menyusahkan para perniaga tempatan sahaja. Tauke atau sindiket aktiviti haram semuanya, "ALRIGHT & NO PROBLEM BRO!"; kerana semuanya bisa diatur boss!.

Contohnya seperti di Jabatan Imigresen, kalau kita mahu memohon kuota pekerja asing seperti buruh atau memohon seorang pembantu rumah; walaupun pun kita sertakan dokumen lengkap perniagaan atau sijil kahwin bersama surat beranak anak kita kepada pegawai Imigresen, mereka bertanya bermacam-macam soalan, seolah-olah pegawai Imigresen tiada lagi kerja lain mahu dibuat.

Pegawai Imigresen lagi mahu periksa premis perniagaan atau mahu ke rumah periksa. Kami marah kerana kalau sindiket pelacuran minta kuota, tiada sebarang pertanyaan seperti berapa anak ada? Anak berapa umur? Kalau tiada orang tua tidak dibenarkan memohon pembantu rumah.

Tetapi jika bapa atau ibu ayam memohon kuota, tiada sebarang soalan ditanya dan tidak payah buat pemeriksaan ke premis karaoke. Kenapa? Alasan pegawai Imigresen ialah atasan yang luluskan kuota untuk pusat hiburan. Kami tidak boleh buat apa-apa. Senang sahaja jawapan mereka, seolah-olah penduduk Labuan ini tiada berpelajaran dan bodoh.

Kami penduduk Labuan ingin tahu siapa yang luluskan kuota Pelacuran? Kerajaan BN atau Menteri atau pegawai atasan Kerajaan?

Pusat Hiburan dan sindiket menyalah guna permit pelayan untuk menjalankan kegiatan pelacuran pun mahu orang awam mengajar pegawai penguat kuasa cara menangkap? Lebih baik kerajaan jangan membazirkan duit rakyat mengambil pegawai penguat kuasa yang berotak udang dan hanya buat rakyat marah kerajaan BN; kerana gara-gara pegawai tersebut, Kerajaan BN mungkin tumbang pada PRU 13 akan datang.

Jika Kerajaan tidak mahu ambil tahu hal tersebut di atas yang selalu disiarkan oleh Sabahkini.net dan surat khabar tempatan kami minta PKR dan DAP bertanding di Labuan pada PRU 13 kerana kegiatan haram yang berleluasa di Labuan telah menjadikan keluarga penduduk Labuan bermasalah.

Kami, Penduduk Labuan berharap Perdana Menteri akan membuat sesuatu untuk kebaikan rakyat Labuan dan semua warga Labuan adalah Penyokong Kuat Barisan Nasional.

Salam Hormat.

BEKAS PEGAWAI ANTI MAKSIAT LABUAN

No comments:

Post a Comment