Tuesday 26 April 2011

PBS MUNGKIN DISERAP KE BLOG HOUSE MALAYSIA?


BINCANG....Mutalib (kanan) dan Presiden BHM, Syed Akbar Ali sedang berbincang berhubung cadangan penggabungan PBS dan BHM.

Oleh: MOHD ADLI AYOB

PERBINCANGAN sedang dijalankan di antara Majlis Tertinggi Penaja Persatuan Blogger Sabah (PBS) dengan Blog House Malaysia (BHM) untuk menggabungkan kedua pertubuhan itu di bawah satu payung bagi memberi peluang yang lebih luas kepada Blogger di Sabah menimba ilmu dan berperanan lebih berkesan.

Presiden Penaja PBS, Mutalib M.D memaklumkan pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan BHM jika 300 Ahli Seumur Hidup dan 20 Ahli Bersekutu PBS bersetuju dengan cadangan berkenaan.

“Kita telah menjalankan perbincangan dari hati ke hati baru-baru ini selepas BHM menjayakan Persidangan Blogger Malaysia-Asean Pertama di Kuala Lumpur dan telah mencapai kata sepakat untuk menggabungkan dua institusi ini demi kesinambungan perjuangan para Blogger di Malaysia,” ujar Mutalib M.D yang memerlukan maklum balas daripada 320 ahli yang tersenarai sebagai ahli PBS di portal Sabahkini.net.

http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=73

Menurut Mutalib lagi, ekoran kejayaan persidangan pertama 300 Blogger Malaysia-Asean, pihaknya akan bekerjasama dengan BHM untuk menganjurkan persidangan serupa di Sabah bagi membolehkan lebih ramai Blogger tempatan hadir kerana pada persidangan baru-baru ini hanya empat orang blogger mewakili Sabah.

Sehubungan itu, kata Mutalib, kesemua 320 ahli PBS diminta memberikan pendapat sama ada bersetuju atau tidak bergabung dengan BHM sebelum dapat mematerai pergabungan berkenaan jika mendapat undi majoriti.

Sila email persetujuan atau bantahan anda berhubung penggabungan ini ke bloggersabah@gmail.com.

No comments:

Post a Comment