Thursday 28 April 2011

SHAFIE KUMPUL SAMPAH SARAP?



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini diberi gelaran baru sebagai pengumpul ‘Sampah Sarap’ daripada Sabah kerana melantik pemimpin yang ditolak UMNO Sabah sebagai ‘Kuda Tunggangan Politik.’

Aktivis politik, Abdullahsani Haji Abdull Salleh menyifatkan demikian kerana Shafie tidak mempunyai pengaruh langsung di dalam UMNO Sabah setelah gagal dalam beberapa Kudita (Coup-de-taat) telah melantik ‘kera sumbang’ dalam UMNO Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail sebagai Pengerusi Risda Holding.

“Kini dia lantik Mantan Ketua Pemuda UMNO Sabah, Azman Razlan sebagai Pengerusi Felcra Plantation sedangkan lebih ramai YB dan Ahli Parlimen di Sabah yang tidak memegang sebarang jawatan atau penganggur terhormat,” ujar Abdullasani yang kesal kerana Shafie tidak belajar daripada kesilapan demi kesilapan yang dilakukannya dalam politik; termasuk memberi projek kepada musuh UMNO seperti Ketua Pemuda PKR Semporna yang juga anak saudaranya.

Oleh itu tidak hairan, kata Abdullahsani jika Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menggugurkan Azman sebagai Ketua Pemuda UMNO Sabah dan digantikan dengan Ketua Pemuda UMNO Sandakan, Haji Awang Kadin Tang berkuatkuasa SERTA MERTA.

Abdullahsani turut mengalu-alukan perlantikan Haji Awang Kadin dan mengharapkan beliau tidak mengamalkan politik songsang dan dapat membawa halatuju perjuangan pemuda selari dengan kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Sabah.

“Saya rasa tidak perlu mengulas kenapa Azman dipecat kerana itu hak Khairy. Semua rakyat Sabah tahu jika kelasi tidak sehaluan dengan Kapten Kapal, pelayaran bahtera tidak lagi sampai ke destinasi. Biar dia turun di pelabuhan sebelum meneruskan pelayaran,” ujar Abdullahsani sambil berkias.

5 comments:

  1. Maaf. Sekiranya boleh, cuba elakkan menyamakan manusia dengan sampah ataupun apapa benda yg buruk. Kita mungkin mempunyai ketidakpuasan hati, tetapi etika bahasa hendaklah dijaga. Dalam apa keadaan sekalipun, Saudara Azman Hj. Ruslan, Mantan KPN Sabah lebih merasai keperitannya berbanding kita yg hanya menerima dan mendengar berita. Maaf sekali lagi. Saya tidak bermaksud utk menyebelahi atau menguris perasaan sesiapa. Cuma agak terkilan dgn tajuk dan gelaran yg diberi. Maaf sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Inilah politik malaysia, sanggup buat apa saja utk menjatuhkan (fitnah) org lain. Dasar2 yg diamalkan oleh zionis "The Target Leader" semakin kuat terpengaruh di negara kita. Org2 yg benar dibelakangkan, org2 yg zalim didepankan. “Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad Allahualam....

    ReplyDelete
  4. tunggu mahkamah Allah kelak..jawatan didunia x penting tp tangungjawab yg penting..biar mereka ambik jawatan anda jgn mereka ambik agama anda..kezaliman tetap terjadi dalam sesuatu bangsa itu..harap bersabar dan terus bersabaar..dugaan tetap ada dimana-mana..ada masa kita naik dan ada masa kita jatuh..bersabar lah..

    ReplyDelete
  5. Abdullahsani memperkenalkan kpd negara siapa dirinya.Andai bnar itulh bcra beliau..demikianlh busuknya hati akan mnrbitkn kata2 barbaur sampah.Baunya mnyelinap kesluruh pelusuk Sabah mcm 'pelan saraf komunis".Bahasa tdk brmoral mlmbngkan kruntuhn akhlak pmbicara.Silakan berlayar tuan,kelasi hnya mnggerakkn kapal,nkhoda asyik mndongak bintang dilangit jngn trlupa kuasa MAHA d sbalik cahayanya..Ckuplh Allah sebagai penolong org yg benar..Maaf zahir batin wlupun blum Raya..

    ReplyDelete