Saudara Pengarang,
SAYA terpanggil untuk tumpang sekaki memberi komen dan pendapat berhubung artikel skandal seks yang membabitkan seorang Menteri Kabinet Malaysia yang tersiar di dalam portal Sabahkini.net sejak beberapa bulan lalu.
Ramai yang berpendapat bahawa tuduhan pembabitan Menteri itu perlu pihak berwajib seperti Polis untuk melengkapkan kertas penyiasatannya terlebih dahulu kerana difahamkan sudah ada pihak yang membuat laporan Polis terhadap perkara tersebut.
Apabila terbaca satu lagi artikel yang ditulis oleh beberapa peminat portal Sabahkini.net kononnya portal itu telah dihantar saman fitnah oleh sebuah Firma Guaman yang dilantik oleh pihak tertuduh, sedangkan tuduhan itu belumpun selesai disiasat sama ada tuduhan itu benar atau tidak.
Oleh itu, sebagai peminat setia portal Sabahkini.net adalah wajar bagi portal ini tidak melayani saman tersebut kerana tidak mengikut tatacara undang-undang yang tepat; kerana pada kebiasaannya kes merogol merupakan kes jenayah yang serius dan kes itu dijalankan mengikut prosedur jenayah Kanun Keseksaan 376.
Lagi pun, jikalau tuduhan itu melibatkan seorang Menteri ia sepatutnya diwakili oleh Peguam Negara dan bukan Peguam peribadi dan saman fitnah kes sivil pula. Apakah relevannya prosedur itu?
Saya salah seorang peminat Portal Sabahkini.net di antara ratusan ribu rakyat Malaysia yang meminati portal ini sudah pastilah inginkan keadilan yang sebaik mungkin kepada portal ini; sekalipun portal ini didapati melanggar undang-undang yang sedia ada.
Tugas dan peranan media penting dalam dunia moden bagi menyingkap perilaku penjenayah di bawah ‘Karpet Biru’ untuk dirungkai agar tidak ada lagi istilah ‘Musang Berbulu Ayam’ dalam zaman moden di alaf baru ini.
Jika tidak, penjenayah akan terus menggunakan cara lain sesuai dengan zaman teknologi moden untuk mengaburi mata rakyat demi melakukan apa sahaja kepada dunia serba moden ini.
HIDUP SABAHKINI.NET!
PENYOKONG PORTAL SABAHKINI.NET
No comments:
Post a Comment