Friday, 22 April 2011

SEMPORNA TIDAK LAGI SELAMAT



Saudara Pengarang,

PADA 20 April 2011, saya berkunjung ke Semporna untuk memeriahkan Pesta Regatta Lepa-Lepa bersama rakan-rakan saya, namun amat malang sekali kerana ditimpa malapetaka apabila kereta saya dilarikan penjenayah ketika saya keluar untuk membeli barang berdekatan Menara Jam (BSN Lama) pada 22 April 2011 di Pekan Semporna.

Penjenayah tersebut masuk ke kereta saya terus memandu laju kereta saya dan terus menghilangkan diri dari tempat kejadian sehingga saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak menyangka kereta saya dilarikan penjenayah ketika puluhan ribu seronok berpesta.

Sehubungan itu saya telah membuat laporan polis, namun merayu ehsan rakyat Sabah dan anggota keselamatan agar dapat membantu mengesan kereta saya bernombor WLE 4539 dengan menghubungi saya melalui talian 0128448225 atau 0142677275 jika ternampak kereta tersebut.

Salam Hormat,

ABY

No comments:

Post a Comment