Saturday 23 April 2011

RAKYAT PATUT NILAI PRESTASI SHAFIE



Saudara Pengarang,

SAYA ingin merujuk kenyataan Abdullahsani dalam artikel yang bertajuk ‘Chin Patut Desak PM Singkirkan Shafie’. Pada hemat saya, kenyataan sebegini tidak seharusnya timbul kerana Shafie seorang Menteri yang mempunyai ‘rekod’ yang wajar dipuji kerana beliau adalah antara pemimpin yang mempunyai ‘good performance’.

Bagi majoriti rakyat Sabah, perlantikan Shafie sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) adalah suatu rezeki untuk Sabah. Jelas kita boleh menilai sebelum dan selepas Shafie menjadi Menteri KKLW yang mana pada zaman Tan Sri Muhammad Muhd Taib banyak projek terbengkalai dan tidak ada kemajuan khususnya di Sabah. Sudah jelas sekali pada hari ini, kita sudah dapat melihat ‘hasil’ daripada perlantikan Shafie.

Banyak sekolah-sekolah menengah dan rendah telah dinaik taraf, jalan di kampung mulai baik dan sesetengahnya dalam proses. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah membuka ‘mata hati’ PM untuk melantik Shafie sebagai Menteri KKLW.

Sepatutnya Abdullahsani juga harus bersyukur kerana orang Sabah telah dilantik ke jawatan Menteri yang begitu bermakna sekali buat Sabah. Mungkin selepas ini, Abbdullahsani akan menjawab bahawa yang hanya mendapat habuan adalah kroni dan proksi Shafie. Tapi tiada pada saya, ‘that is nothing’. Paling penting adalah kehendak rakyat dapat dipenuhi walaupun bukan dengan kadar segera, namun rakyat Sabah khususnya pasti bersyukur dan berbangga.

Saya tidak kisah digelar ‘kroni’ Shafie kerana kenyataan itu tidak benar. Saya tidak mengenali Shafie secara dekat dan tidak pernah berhubung dengan beliau. ‘WALLAHI’, Demi Tuhan saya katakana; saya bersuara kerana melihat prestasi Shafie begitu memuaskan.

Saya menilai kebanyakkan ulasan Abdullahsani, beliau asyik menyerang Shafie dan saya melihat itu sebagai suatu yang tidak profesional kerana masih banyak lagi isu yang perlu kita suarakan. Abdullahsani tidak seharusnya mencemburui Shafie kerana beliau tidak sebaik Shafie. Abdullahsani adalah aktivis politik yang mempunyai harga untuk dibeli. Beliau tidak sama dengan pemimpin dan aktivis politik Sabah yang lain.

Mengenai Sarawak, keputusan pilihanraya itu bukan kayu ukur sokongan Cina pada BN. Abdullasani seharusnya malu dengan kenyataannya yang bersifat fitnah, dengki dan marah.

Salam Hormat,

SENJA PERMAI

No comments:

Post a Comment