Friday 22 April 2011

KUARI SG PEGALAN PUNCA BANJIR?



Oleh: NASUTION NAEJEL

KEHADIRAN kuari yang kini sedang rancak beroperasi di Sungai Pegalan dekat Kg Kalang-Kanar Tenom bersebelahan dengan SK Kalang-Kanar sehingga ramai penduduk sekitarnya meminta pihak berkuasa khususnya Jabatan Alam Sekitar Sabah dan Pejabat Tanah Tenom sama ada pemilik kuari berkenaan sudah berlesen atau sebaliknya.

Penduduk kampung persekitaran sangsi bahawa kemungkinan banjir besar yang melimpah sehingga berlaku penutupan SK Kalang-Kanar sehingga beberapa hari sebelum ini disebabkan kegiatan mengorek dan melebarkan kawasan sungai tersebut sehingga dipandang seakan-akan lautan.

Kegiatan itu juga turut merosakkan infrastruktur jalanraya sejauh 2 kilometer daripada simpang jalan besar ke SK Kalang-Kanar di mana permukaan jalan kini kelihatan berlubang-lubang dan ada yang sudah berbonggol-bonggol menjadikan jalanraya tidak rata dan tidak menselesakan pengguna, khususnya kenderaan.

Selain itu, kakitangan JKR yang namanya enggan didedahkan memberitahu; “Kami selalu dicemuh rakyat di sini dan dituduh tidak menyelenggara jalanraya ini kerana membiarkannya bila rosak tetapi lori-lori pengangkut batu pasir dari kuari terbabit dengan mudah membawa muatan lebih berat tidak menghiraukan masalah jalanraya kami. Ini tidak adil bagi JKR”.

“Kami mahu pihak tertentu menyiasat kehadiran kuari tersebut sebab kalaulah dia ada lesen dan mendapat garis panduan dari JAS, dia tidak sewenang-wenangnya menggunakan jalan raya ini tanpa batasan,” tegas kakitangan itu.

Dalam pada itu, Pengerusi JKKK Kg Kanar, Nossil Basayu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya kerana nombor telefon bimbitnya mungkin sudah ditukar kerana nombor yang ada setelah didail beberapa kali tidak berfungsi lagi.

No comments:

Post a Comment