Saturday 30 April 2011

MULTI INRICH BEBAS TUDUHAN APD



SEBUAH syarikat dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Sabah kelmarin atas pertuduhan mengikut Akta Perihal Dagangan (APD).

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Marlina Ibrahim yang bertindak sebagai hakim membebaskan dan melepaskan syarikat Multi Inrich Sdn.Bhd pada peringkat pendakwaan.

Marlina membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap syarikat berkenaan.

Syarikat itu yang diwakili peguam bela Hj Ansari Abdullah, dituduh menawarkan 881 botol minuman Lactovida dengan menggunakan perihal perdagangan palsu pada produk itu.

Syarikat itu dituduh melakukan kesalahan itu di Lot S24 & S25, Tingkat Dua di Wisma Sedco, Plaza Wawasan, pada 10 Julai 2009, jam 2.50 petang.

Atas pertuduhan itu, syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 3 (1) (b) Akta Perihal Dagangan 1972, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 18 (2).

Hukuman yang diperuntukan ialah denda tidak lebih daripada RM250,000 jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil lima saksi memberi keterangan kes terhadap syarikat terbabit (Utusan Borneo)

No comments:

Post a Comment