Thursday, 28 April 2011

RAIME JUARA RAKYAT PEDALAMAN.



Saudara Pengarang,

SYABAS di atas keberanian Ahli Parlimen Malaysia (P.181-Tenom) Datuk Raimie Unggi mendedahkan bahawa projek NKRA berpenyakit di Sabah khususnya daerah Tenom sehingga beliau layak digelar ‘Juara Rakyat Pedalaman’.

Sememangnya rakyat di kawasan ini yang merangkumi dua kawasan Ahli Dewan Undangan iaitu Melalap dan Kemabong menunggu teguran di kalangan pemimpin BN sendiri, kerana kalau hanya ditegur oleh pihak pembangkang, pihak tertentu membuat pelbagai alasan kerana mereka itu pembangkang.

Namun tidak cukup teguran saja dilaporkan dalam portal ini, lebih elok lagi kalau pemimpin dari BN itu membuat laporan kepada SPRM untuk melengkapkan lagi dakwaan ini.

Mungkin sejak kenyataan Raimie Unggi itu tersiar baru-baru ini, kurang disenangi beberapa pemimpin BN termasuk kontraktor, namun rakyat suka dengan cara beliau itu menegur.

Rakyat pasti terus menunggu dan menuntut segala janji pada pilihan raya umum ke-12 itu dapat dikotakan sebelum PRU 13. Jika tidak, calon-calon BN bersedialah menerima tindak balas daripada para pengundi nanti.

Lagipun, pemimpin yang suka menabur janji itu tidak perlu lagi dicalonkan, termasuk yang berjawatan menteri penuh di peringkat persekutuan atau negeri dalam pentabiran BN.

Salam Hormat,

BON-BON TENOM.

1 comment:

  1. diam2 pn rakyak dah taulah???mcm mna keadaan kemabong dan tenom itu??pemuda-pemudi sekarang undinya di pembangkang,untuk memperbaiki kesilapan yang diberikan pentabiran dibawa umno@bn.

    ReplyDelete