Saturday 30 April 2011

KRISIS UMNO SABAH MULA MEMBADAI?



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

BEBERAPA siri kudita (coup-de-taat) yang dilancarkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak semakin menjadi, apatah lagi setelah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memecat Mantan Ketua Pemuda UMNO Sabah, Azman Ruslan yang mengubah haluannya menyokong Shafie melalui ‘rasuah politik’ iaitu perlantikan Azman sebagai Pengerusi Felcra Plantation, sebuah GLC Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Ramai pemerhati politik menyifatkan pemecatan Azman yang didakwa muslihat Shafie untuk membunuh karier Musa Aman yang berhadapan dengan Krisis LDP di Sabah dengan melakukan provokasi sehingga akhirnya Khairy memecat Azman kerana berseteru dengan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Dalam kesempatan ini, Azman bertindak balas dengan mendedahkan masalah peribadi penggantinya, Haji Awang Kadin Tang yang dari segi teknikalnya seorang ‘Bankrap’ kerana masih berhutang RM4 juta dengan kerajaan negeri Sabah melalui kontrak sarang burung dan segala dakwaan caca merba untuk membalas dendam kepada Musa Aman yang dituduh mendalangi pemecatan beliau tanpa alasan munasabah.

Sebelum ini, kes Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang memecat seorang Ketua Puterinya memasuki fasa yang membimbangkan apabila berlaku campurtangan pihak tertentu yang tidak puas hati dengan tindakan Rosnah yang disifatkan sebagai ‘Immelda Marcos’ yang membuat keputusan tanpa usul periksa atau tanpa mendapat persetujuan AMT Puteri UMNO; sebelum memecat Ketua Puteri berkenaan.

Akibatnya, Ketua Puteri tersebut mendedahkan salah laku dan kes rasuah Rosnah kerana meluluskan atau memainkan peranan penting sehingga suaminya mendapat kontrak di Kementerian Kesihatan; yang sekaligus menyalahi Akta Pencegahan Rasuah.

Krisis ini walaupun kecil dan dianggap terpencil, namun mula membadai dan dijangka akan menyebabkan ramai calon yang sebelum ini mewakili pemuda dan puteri akan digugurkan dalam pilihanraya umum akan datang yang dijadualkan pada November 2011.

Bagaimanapun, persengketaan antara Musa Aman dengan Shafie semakin memuncak ekoran ‘Orang Suruhan’ (OS) Shafie, Chin Su Phin bertindak ‘membakar kayu api dalam kelambu’ BN sehingga LDP dijadikan sasaran pemimpin politik yang Pro-Musa.

Mampukah Shafie menumpaskan Musa Aman di luar gelanggang setelah pemimpin tertentu di Semenanjung gagal dalam percubaan menjatuhkan Taib Mahmud di Sarawak dengan memasang Datuk Salleh Jafaruddin sebagai calon bebas; bagi mengulangi apa yang mereka lakukan terhadap Harris Salleh sebelum ini?

1 comment:

  1. Yang menghairankan mengapa Najib masih mahu Musa Aman memimpin UMNO/BN di Sabah setelah timbulnya banyak permasalahan akibat kepimpinan yang sudah ditolak dan dipersoalkan olih banyak rakyat Sabah dan juga pemimpin dalam BN.Jika Musa terus memimpin UMNO/BN maka rakyat mungkin memberi undi mereka kepada pembangkang sebagai tindakan protes.Sekarang ini rakyat Sabah mungkin diam dan senyap tapi bukan bererti mereka tidur dan tidak ambil peduli perkembangan politik Sabah.Harap Datuk Shafie dapat memberi sinaran baru kepada rakyat Sabah.

    ReplyDelete