Sunday 10 April 2011

PESTA KALIMARAN KATALIS KEJAYAAN



KENANGAN….Rubin (dua daripada kiri) dan isterinya, Bobbey (kanan), Sukarti (kiri) dan Siriman (tengah) mengabadi kenangan ketika tiba di padang pekan Tenom sempena Pesta Kalimaran.

Oleh : HASSAN DALIMPOS

PESTA Kalimaran yang baru sahaja selesai kelmarin komited kepada mempamerkan hasil-hasil tempatan penduduk di pedalaman, kata ADUN Kemabong Datuk Rubin Balang.

Katanya, pesta Kalimaran yang diraikan pada 7-10hb.April 2011 amat relevan dengan tema tahun ini iaitu ‘Pesta Kalimaran menjana 1 Malaysia’ amat bersesuian dengan konsep sebenar penganjuran pesta itu dimana ramai dikalangan rakyat di seluruh pedalaman bukan sahaj yang bersuku Murut tetapi juga kaum-kaum lain turut datang berkunjung.

Beliau berkata ketika menyampaikan ucapaannya selaku pengerusi induk pesta itu dan juga presiden Persatuan Murut Sabah di pentas utama pesta Kalimaran Padang pekan Tenom yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

TERHIBUR…. Rubin terhibur melihat replika buah liamu pamelo yang dihasilkan Jabatan Pertanian Daerah Tenom yang dilancar Musa.

"Pesta Kalimaran memberi peluang kepada rakyat terutama suku Murut di Sabah untuk menonjolkan budaya dan adat resam serta hasil-hasil kraftangan tempatan kepada orang ramai,” katanya.

Kata Rubin lagi, selain menonjolkan budaya mesra menyambut tetamu, turut dipamerkan hasil-hasil pertanian, pertandingan nyanyian asli Murut serta 'makan adat' dan budaya ketika majlis perkahwinan.

Kalimaran juga dapat memupuk perasaan cintakan budaya warisan, menjalin persahabatan, mengeratkan silaturrahim perpaduan di antara bangsa lain dan menyemai perasaan saling menghormati di kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama.

Rubin amat berpuashati dengan tindakan proaktif kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri kerana dapat menyelesaikan permasalahan pemilikan tanah adat oleh penduduk di pedalaman yang kian terjamin apabila Ketua Menteri mengumumkan tanah-tanah hutan simpan ditukar kepada status (state land) tanah kerajaan yang boleh dipohon oleh penduduk asal di negeri ini.

Dalam pada itu mengenai pelaksanaan Pesta Kalimaran yang diadakan di pekan Tenom kali ini, ia hanyalah sementara untuk tahun ini memandangkan Pusat Kebudayaan Murut Sabah Pulong (PKMSP) sedang dinaiktaraf dan kerja-kerja sedang giat dilaksanakan, namun kejayaan dan kemeriahan pesta Kalimaran tetap mendapat sambutan orang ramai.

CANTIK….Antara gadis-gadis Murut dari kumpulan Rangkatin Nabawan turut mempersembahkan tarian.

NOBAT….Taimin (dua dari kanan) dinobatkan Tokoh Kalimaran 2011 menerima cenderakenangan daripada Musa.

Turut hadir dalam pesta itu ialah Ketua Menteri Datuk Musa Aman; Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Tan Sri Joseph Kurup; Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun; Pengerusi bersama pesta Kalimaran Datuk Elron Alfred Angin; Setaiusaha kerajaan negeri Datuk Sukarti Wakiman; Pembantu Menteri pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Bobbey A Suan dan Adun Melalap Datuk Radin Malih.

Sempena pesta itu, Datuk Taimin Lumaing dinobatkan sebagai ‘Tokoh Kalimaran’ tahun 2011 kerana beliau banyak sumbangan terhadap persatuan Murut dan antara pemimpin yang telah lama berkecimpung dalam memimpin suku itu sehingga sekarang, malah beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Pensiangan.

Pelbagai aktiviti menarik sempena pesta kalimaran antaranya ialah, pertandingan ratu kalimaran, pertandingan nyanyian Murut, pakaian tradisi, pameran-pameran hasil tempatan, gerai-gerai jualan, pertandingan melukis dan bermacam lagi.

1 comment:

  1. Pesta Kalimaran memang mantap....orang2 murut disedarkan betapa pentingnya mempromosikan suku murut dimata dunia!

    ReplyDelete