Tuesday 19 April 2011

SALLEH JAFARUDDIN TERLIBAT IC PALSU DI SABAH?



Oleh: MUTALIB M.D

NAMA Mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Salleh Jafaruddin tenggelam begitu lama di persada politik tanah air tiba-tiba muncul pada pilihanraya umum ke 10 Sarawak menentang sepupu dua kalinya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Walaupun kempen bagaikan ‘helikopter kehilangan kipas’ namun sebagai calon Bebas, Salleh hanya memperolehi 1,056 undi dan tewas kepada Taib dengan majoriti 5,154 undi setelah Taib mendapat 6,210 undi berbanding Calok PKR, Suriati Abdullah yang mendapat 871 undi (hampir kehilangan deposit).

Salleh yang pada mulanya dikhabarkan dipasang oleh beberapa pemimpin UMNO Kuala Lumpur untuk menggantikan Taib tidak menjadi kenyataan sehingga terpaksa bertanding atas tiket bebas.

Nama Salleh lebih penting untuk diperkatakan di Sabah berbanding Sarawak kerana peranannya dalam ‘Projek Skandal X-Files’ iaitu pemberian kad pengenalan projek kepada warga asing yang kini menjadi ibu kepada segala masalah di Sabah.

Mantan tahanan ISA, OKK Hassnar M.P.Ebrahim telah menulis surat kepada saya mendedahkan semua pihak yang terlibat, termasuk Salleh.

Dalam surat tersebut yang dimuatkan sepenuhnya ke dalam buku IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir (?), antara lain Hassnar mendedahkan bahawa;

“Selepas kejatuhan Berjaya dan kegagalan rampasan kuasa oleh Tun Mustapha, Datuk Harris memanggil saya dan Datuk Yahya Lampung ke rumahnya di Likas. Datuk Harris telah memberi dua tiket kapal terbang meminta saya dan Datuk Yahya ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Datuk Megat Junid Megat Ayub yang ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Pertemuan pertama diadakan di rumah Datuk Salleh Jafaruddin, Mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak (era Tun Abdul Rahman Yaakub). Kemudian keesokan harinya saya dan Datuk Yahya ke Pejabat Datuk Megat Junid.”

Cerita selanjutnya boleh dibaca di dalam Bab 5, Buku IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir (?) dan buku Justice For Sabah karya Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Sabahkini.net akan berusaha untuk membuat temu ramah dengan Salleh dalam masa terdekat yang dikhabarkan bersedia mendedahkan Skandal berkenaan.

Dalam kempennya, Salleh telah menggubah pantun (sebenarnya puisi satira) melalui blog MOCSARAWAK.


taib mahmud pemimpin pembohong,

seorang tamak serta sombong,

seorang pembelot dan juga pemborong’

tanah rakyat dikebas terus dilelong.

taib mahmud mendapat tentangan,

oleh seronag pemimpin anak tempatan,

sama keturunan prinsip berlainan,

lama ditindas bernasib malang.

dato salleh menentang pehin seri taib,

mewakili pertubuhan ngo bukan kerajaan,

kerana benci dengan kezaliman,

yang perlu diubah dengan kekuatan tangan mahupun lisan.

membela nasib rakyat tertindas,

menjadi tugas seorang bertakwa dan beriman,

jangan takut dengan amaran,

undi datuk salleh calon tuan-tuan.

wahai pengundi yang budiman,

berita terkini sudah berkumandang,

dato salleh menentang korupsi dan kezaliman,

dikalangan kerabat taib mahmud dan kroni pemimpin barisan.

pehin seri taib pemimpin terpaling kaya,

diantara pemimpin negara yang tertua,

30 tahun mengumpul harta,

dari sampah sarap serta tanah pusaka.

pehin seri taib mahmud firaun durjana;

terus mengumpul harta jadi tamak haloba,

kezaliman melanda nasib semua,

janganlah mengundi pemimpin tercela.

pehin seri taib sudah tersesat,

oleh bomoh didatangi roziah adik terpikat,

mempengaruhi pemikiran pehin seri yang otak dah tak sihat,

tak boleh ditegur oleh kerabat terdekat.

wahai pengundi jangan bersuhabat,

bersama-sama dengan pemimpin khianat,

seorang munafik yang dah hilang panduan,

hasad dengki yang keterlaluan.

No comments:

Post a Comment