Wednesday 20 April 2011

SIASATAN WAJIB DIJURUSKAN KEPADA SHAFIE



Oleh: ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH

WALAUPUN Polis telah menyiapkan laporan siasatan rakaman video aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah, namun polis gagal mengheret dalang sebenar yang mengarahkan ‘Datuk T’ membuat rakaman dan menayangkan video berkenaan kepada umum.

Kelmarin, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata identiti lelaki dalam video berkenaan bukan Anwar Ibrahim dan laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya .

Mungkin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih cekap menyiasat kes ini setelah mereka (SPRM) disiasat oleh polis berhubung kematian Timbalan Pengarah Kastam; tanpa membuka mata kepada ‘dalang sebenar’ yang menjadi ‘Pembunuh Bayang’ dalam kes berkenaan.

Dalam hal ini, saya berfirasat bahawa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal berkemungkinan berpotensi menjadi dalang kerana penglibatan bapa mertuanya dan pengerusi GLC yang terletak di bawah kementeriannya.

Jika Shafie tidak terlibat dalam kes berkenaan, beliau wajib segera memecat Rahim Thamby Chik daripada jawatannya kerana mencemarkan nama baik RISDA dan menamatkan kontrak pembekal baja yang diketuai bapa mertuanya Datuk Shuib Lazim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Sekiranya beliau tidak berbuat demikian, maka masyarakat akan menuding jari kepada Shafie yang menjadi dalang sebenar kes yang memalukan Malaysia dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana gagal menjaga nama baik Kementerian dan anak syarikat yang terletak di bawah KKLW.

Kes video seks ini sebenarnya tidak selesai dengan pendakwaan ‘Datuk T’ kelak kerana sudah pasti banyak persoalan yang mengaitkan Shafie dengan skandal di sebalik isu ini terutama kos kontrak baja yang dibekalkan kepada RISDA dan FELCRA melebihi harga pasaran dan diberi secara terus tanpa melalui tender kepada bapa mertuanya.

No comments:

Post a Comment