Thursday, 19 January 2012

BR1M, TELUNJUK LURUS, KELINGKING BERKAIT?

Oleh : HAFIZ JAMAIL

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi mendakwa janji Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan mempolitikkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah dikhianati pemimpin UMNO di Sabah; terutama setelah rakyat miskin mengadu tidak mendapat hak mereka sekalipun tersenarai sebagai penerima; semata-mata kerana mereka bukan ahli UMNO.

Menurut Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan, beliau menerima aduan daripada orang ramai termasuk empat PKR, Mahalan Bin Jubail, Osman, Awang Massali Bin Atalad dan Arsula Bin Hj Ulla yang menyifatkan cara pengagehan BR1M seperti pepatah Melayu, telunjuk lurus, kelingking berkait.

"Jika BR1M untuk semua, kenapa pengagehannya dibuat di Pejabat UMNO? Hanya ahli UMNO sahaja yang dapat dan bukan ahli kempunan melihat ahli UMNO menyindir mereka dengan pelbagai cacian dan nista," kata Zainuddin ketika menghubungi Sabahkini.net.

Sehubungan itu, Zainuddin menggesa Kerajaan Persekutuan membuat penjelasan berhubung amalan buruk Ketua UMNO Bahagian dan Wakil Rakyat di Sandakan yang telah memanipulasi BR1M untuk kepentingan politik mereka.


HAMPA.....Empat sekawan (dari kiri) Mahalan, Osman, Awang Massali dan Arsula yang hampa kerana disisihkan.




KECEWA....Orang ramai yang kecewa kerana tidak dilayan oleh Pejabat ADUN Sekong.

Tegas Zainuddin, akibat sikap pilih kasih pemimpin UMNO, rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa dan membuktikan BR1M adalah senjata perang saraf UMNO untuk melumpuhkan benteng ketahanan mental ahli Pakatan Rakyat.

"Sebaliknya mereka yang tidak mendapat hak mereka akan menjadikan insiden ini sebagai pembakar semangat mereka untuk menumbangkan kerajaan yang zalim," kata Zainuddin yang berusaha memujuk penerima layak yang tidak mendapat hak mereka.

13 comments:

  1. Voters that are qualified but wasn't approved just because they do not vote BN? This is a serious matter and hoped that it will be investigated.

    ReplyDelete
  2. Hope that the authorities that are involved in this BR1M will come forward to explain this allegation.

    ReplyDelete
  3. "Jika BR1M untuk semua, kenapa pengagehannya dibuat di Pejabat UMNO?"

    -Pejabat UMNO? Tapi dalam kelihatan 'Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah,, itu adalah Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah. tak ada pun logo atau bendara BN atau UMNO. inilah pembngkang, suka menipulasikan fakta.

      Delete
  4. Diharap Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan N.43 Sekong memberi respon berkenaan dengan perkara ini.

    ReplyDelete
  5. mgkin ada sebab mengapa mereka tidak tersenarai sebagai penerima, mgkin kerana permohonan tidak lengkap atau sebab lain. harap perkara ini diberi perhatian.

    ReplyDelete
  6. Betul ka tidak tu. Atau ada sebab lain nama2 tidak tersenarai. Tak akan la ahli PKR yang layak hanya ada 4 orang saj yang memohon. Yang lain2? dapat?

    ReplyDelete
  7. Semasa Najib bentang bajet 2012, MP pembangkang pun kena kasi naik elaun tapi pembangkang tolak. Ni kan pula ahli2 pembangkang. Dikasi juga tu. Kalau ada penyalahgunaan kuasa buatlah aduan di saluran yang betul.

    ReplyDelete
  8. Mungkin mereka ini cuma berbaris untuk mengambil bantuan tersebut.

    ReplyDelete
  9. Kalau tidak dapat, tidak dapatlah. Apa lagi boleh buat? Marah-marah pun kalau tidak dapat ubah keadaan apa macam.

    ReplyDelete
  10. ehh, bukankah pemimpin2 Pakatan sibuk mempertikaikan pemberian bantuan ini dan berusaha menggagalkan program bantuan ini?? malah siapa menasihatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan program bantuan ini..

    ReplyDelete
  11. baik PKR buat laporan kerana kes ini boleh dikaitkan dengan penyelewengan.. itupun kalau ada bukti la.. kalau setakat ambil gambar, memang tidak cukup la sebab macam2 cerita boleh dibuat berdasarkan gambar tersebut..

    ReplyDelete
  12. yang peliknya macam mana pula pemberi bantuan ini tahu mana satu penyokong pembangkang dan mana satu penyokong BN?? masa isi borang, tidak ada pula kena letak nama parti politik.. jika betul wujud diskriminasi, daerah2 lain juga pasti ada rungutan yang sama..

    ReplyDelete