Friday 27 January 2012

TANPA BERJANJI, BN TERUS KOMITED

LAWAT....Azizah (kiri) ketika melawat kaunter penyerahan baucer BR1M Daerah Beaufort di Dewan Pa' Musa Beaufort, kelmarin.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

KERAJAAN Barisan Nasional tidak perlu menabur janji untuk membela dan membangun rakyatnya.

Menteri pembangunan Masayarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berkata tanpa janji kerajaan terus komited untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk menjaga kepentingan seluruh rakyat negara ini.

“Kita (kerajaan) tidak perlu berjanji, apa yang perlu kita buat ialah merancang sesuatu dan membuat yang terbaik untuk rakyat termasuklah membantu rakyat kita tahu dan dapat makluman dari masa ke semasa bahawa rakyat memerlukan bantuan pada masa-masa tertentu. Ini membuktikan bahawa kerajaan BN tetap prihatin dan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat,” katanya ketika turun padang memantau pemberian baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) peringkat pertama dan kedua bagi Daerah Beaufort di Dewan Pa' Musa, Beaufort, kelmarin.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klias itu berkata apa yang dibuat oleh Barisan Nasional adalah merupakan satu lagi petanda ataupun bukti yang jelas bahawa Kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan keprihatinan kerajaan membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan.

“Kerajaan BN sentiasa melihat, mendengar, mendapatkan maklumat terhadap masalah dan keperluan rakyat. Dengan yang demikian kerajaan terus proaktif dan komited merancang dan melaksanakan apa juga yang perlu untuk membantu rakyat tanpa menabur janji. Kalaupun kerajaan BN pernah berjanji telah terbukti janji itu tetap dikota.

SEMAK....Kaunter penyemakan BR1M di luar Dewan Pa' Musa Beaufort kelihatan sesak dengan orang ramai.

KASIH......Sentuhan kasih rakyat kepada pemimpin dari seorang warga emas yang menerima baucer BR1M di Beaufort.

“Bukan ini (BR1M) sahaja yang telah dibawa oleh kerajaan, telah banyak yang telah dibuat dan lagi banyak yang akan terus dilaksanakan kerajaan bagi membantu rakyat di negara ini,” katanya yang yang turut mengagehkan baucer BR1M kepada penerima warga emas.

Kerajaan katanya, telah mentadbir negara ini dengan baik dan cemerlang di mana rakyat dapat menikmati rahmat kemakmuran secara sama rata.

“Kerajaan BN membantu rakyat secara menyeluruh tanpa mengira suku kaum dan kepercayaan Agama. Justeru itu kita berharap agar rakyat khususnya di kawasan Dun Klias dan juga di daerah Beaufort ini terus memberikan sokongan yang padu kepada kerajaan BN yang telah terbukti membela nasib rakyat; membangunkan rakyat walau di mana juga mereka berada, samada di bandar, kota ataupun di desa dan kawasan pedalaman,” katanya sambil mengingatkan agar rakyat tidak mudah terpedaya dengan janji kosong pihak pembangkang.

Sementara itu jurucakap Pejabat Daerah Beaufort berkata, kira-kira 4,000 penerima BR1M pada peringkat pertama dan kedua.

“Urusetia menyediakan tujuh kaunter dan satu kaunter khas untuk warga emas. Kaunter pemberian baucer BR1M ini akan dibuka sehingga esok (hari ini) dan mereka yang tidak sempat menerimanya di sini bolehlah berurusan terus ke Pejabat Daerah,” katanya.

No comments:

Post a Comment