Monday, 30 January 2012

PASTI SEPANGGAR RINTIS CELIK AL-QURAN

Oleh : MOHD FURDAUS BIN MUHAMMAD NOOR

PASTI Kawasan Sepanggar merupakan satu-satunya PASTI kawasan di negeri ini yang memberikan fokus utama kepada murid-murid dalam subjek pengajian Al-Quran menggunakan Kaedah Membaca Al-Quran Teknik Al-Baghdadi.

Pengurus PASTI Sepanggar, Azman Talib berkata, kadar celik al-Quran di Sabah amat rendah berbanding semenanjung. Justeru itu, PASTI Sepanggar terpanggil untuk membentuk satu pendidikan al-Quran yang memberi penekanan kepada masyarakat dari usia muda lagi.

“PASTI Sepanggar akan menggunakan kaedah belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi didalam silibus pengajian al-Quran,” ujarnya ketika ditemui ketika kursus perunding teknik Al-Baghdadi kepada guru-guru PASTI Kawasan tersebut.

Kursus yang diadakan pada 28-29 Januari lalu turut dihadiri Pengasas Teknik Al-Baghdadi, Jalaluddin Hassanuddin; Penolong Pengarah Al-Baghdadi Centre Sabah, Rusdi Rusli dan guru-guru PASTI Kawasan Sepanggar.

Sementara itu, Penolong Pengarah Al-Baghdadi Training Centre Sabah, Rusdi Rusli berkata, teknik Al-Baghdadi merupakan satu teknik pendidikan al-Quran yang menarik dan sudah terbukti berkesan.

“Teknik ketukan dan pelbagai jenis permainan yang diperkenalkan oleh teknik ini terbukti berjaya menarik minat kanak-kanak untuk belajar al-Quran,” katanya.

“Masyarakat boleh menilai prestasi PASTI Sepanggar dalam pendidikan Islam di Sabah. Jika ingin anak-anak belajar al-Quran, pilihan utama adalah PASTI. Kita mensasarkan setiap murid yang belajar di PASTI Sepanggar sudah mampu membaca al-Quran sebelum memasuki sekolah rendah.”

No comments:

Post a Comment