Saturday, 28 January 2012

KARAMUNTING JUGA BANJIR KILAT



Oleh :SHAIMON S JUMADI Foto : HAFIDZ ABDUL RAHMAN

EKORAN hujan lebat berpanjangan seharian kelmarin menyebabkan beberapa kawasan rendah di Sandakan terutama di Kampung Karamunting, Sandakan telah dinaiki air sedalam 3 kaki menenggelami lantai rumah dan mengakibatkan banyak harta benda seperti peti, sejuk dan perabut rosak teruk..

Seorang penduduk Kampung Karamunting, Hafidz Abdul Rahman yang membawa Sabahkini.net ketempat kejadian mendapati lebih 40 buah rumah dilanda banjir.

Katanya ekoran banjir ini penyembab utama ialah kerakusan pihak kerajaan dalam memajukan pembangunan di sana sini tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekitar; terutama setelah bukit bukau diradu, pokok-pokok ditebang sehingga tiada tadahan air dan menyebabkan banjir lumpur.

“Kita bukan tidak anti pembangunan di negeri ini tapi perlu mengambil kira faktor alam sekitar kerana akhirnya kami yang menerima padahnya," tegasnya.

Tambah Hafidz lagi, pembangunan yang tumbuh macam cendawan di sana sini tetapi sistem saluran perparitan tidak dihiraukan sama sekali sehingga menyebabkan banjir kilat dan banjir lumpur.

“Bagi pihak penduduk Karamunting merayu kepada ADUN kami, Datuk Peter Pang agar turun padang meninjau-ninjau di kawasan kami dan berjumpa dengan pemaju perumahan agar membina saluran parit dengan betul supaya air dapat mengalir dengan lancar” tegasnya.

No comments:

Post a Comment