Tuesday 31 January 2012

PELAJARI PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN



KETUA MENTERI, Datuk Seri Musa Aman meggalakkan Dewan Perusahaan dan Perindustrian Cina untuk mempelajari Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan inisiatif kerajaan lain yang menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dengan berkesan dan berterusan.

Beliau berkata masyarakat dewan itu hendaklah mengambil peluang dengan pertumbuhan ekonomi Sabah yang sebahagiannya disumbangkan oleh perniagaan kecil dan sederhana yang dijalankan oleh ahli-ahli pelbagai dewan perusahaan.

"Menerusi pelbagai jenis profesional dan perniagaan yang diceburi, anda boleh wujudkan pekerjaan yang menyediakan pendapatan yang berterusan. Anda juga patuh bayar cukai yang menjadi pendapatan kerajaan untuk menjalankan pelbagai projek pembangunan," katanya berucap pada Majlis Makan Malam Dewan Perusahaan dan Perindustrian Cina Kota Kinabalu (KKCCCAI) sempena Tahun Baru Cina di sini malam kelmarin.

Menurutnya etika kerja dan dedikasi di kalangan masyarakat perniagaan Cina terus menjana pertumbuhan ekonomi negara.

"Saya diberitahu bahawa lawatan perdagangan ke Guangzhou, China tahun lepas adalah salah satu aktiviti yang anda ambil untuk meningkatkan hubungan dagangan antara Malaysia dan negara lain," kata Musa.

"Dengan menjalin perkongsian dengan negara-negara lain termasuk Cina yang merupakan negara kuasa besar ekonomi, kita boleh menjana ke arah proses membina lebih banyak perniagaan dan mengukuhkan ekonomi kita," tambah beliau.

Sementara itu, presiden KKCCCI Datuk Seri Sari Nuar menggesa masyarakat Cina menghargai kestabilan dan kemakmuran mereka dan menyokong kerajaan negeri di bawah pimpinan Musa untuk kesejahteraan Sabah. (BERNAMA)

15 comments:

  1. The ETP is a good program to help the local businessmen to improve their business and contribute towards the state's economy.

    ReplyDelete
  2. Hope that the locals will take the chances to get involved in the small and medium industry within the state.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Competition is very high. Gran any chances that they have.

      Delete
  3. Not only the chinese community, but also other business community need to take heed as to what the CM have said pertaining the matter above

    ReplyDelete
  4. "Menurutnya etika kerja dan dedikasi di kalangan masyarakat perniagaan Cina terus menjana pertumbuhan ekonomi negara."

    other business comunity need to emulate this as well.

    ReplyDelete
  5. kita harus menceburi bidang perniagaan, ia baik dalam menjana ekonomi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini juga memang sesuatu yang sangat baik untuk para siswazah yang masih menganggur menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

      Delete
  6. ETP perlu kita pelajari untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

    ReplyDelete
  7. One aim the ETP seeks to achieve is to help Malaysia break out of the middle-income trap that has hitherto confined it to a manufacturing-based economy dependent on cheap and semi- skilled labour. The aim is to turn it into a high-technology and modern servicesbased economy that requires professionally qualified and occupationally skilled manpower that commands high salaries and wages and, of course, higher efficiency.

    ReplyDelete
  8. program transformasi meliputi Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Luar Bandar, Program Transformasi Digital dan Program Transformasi Politik menerusi pemansuhan serta pindaan undang-undang keselamatan yang lapuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasil dalam bentuk peningkatan pelaburan asing dan domestik, peluang pekerjaan yang banyak, memperbaiki pendapatan nasional dan penarafan antarabangsa bagi kompetitif perniagaan.

      Delete
    2. ETP ini memang nampak hebat. Mudah-mudahan segala perancangan berjalan dengan lancar dan faedahnya dapat dirasai semua.

      Delete
  9. masyarakat lain perlu mencontohi cara kerja kaum cina yang kini dilihat ramai yang berjaya dalam perniagaan.

    ReplyDelete
  10. Mari bersama-sama kita untuk meningkatkan ekonomi Negeri Sabah.

    ReplyDelete
  11. program transformasi kerajaan mengambilkira kebajikan semua rakyat di negeri ini, oleh itu wajarlah DPPC mempelajari program trasformasi kerajaan bukan sahaja untuk membangunkan ekonomi untuk masyarakat itu malah untuk semua rakyat di negeri ini dan juga untuk ekonomi negeri ini..

    ReplyDelete