Saturday 28 January 2012

MB JOHOR AKUI NEGERINYA TIDAK SELAMAT

CAKAP CAKAP kebanyakan orang Umno Johor, Menteri Besarnya Datuk Seri Ghani Osman diberitakan sangat letih atau dengan kata lain betul-betul letih.Tidak kurang juga yang merasa amat kasihan.

Dia kata dah letih kerana lari ke hulu ke hilir membuat program MB melawat kawasan.Yang peliknya ada yang berkata hasilnya kosong, bermakna tidak mendapat habuan politik. Memang kasihan sungguh MB ini.

Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Razak kelihatan letih kerana turun padang bagi memastikan rakyat yakin dengan BN. Atau dengan kata lain dihati rakyat hanya Barisan Nasional bukan Pakatan yang buat janji kosong itu.

Dalam perhimpunan Agung Umno tahun 2010 Datuk Seri Shafie Afdal meluahkan perasaan tidak senang hati dengan perkembangan politik di negeri Johor, kubu kuat Umno itu.

Naib Presiden Umno dari Sabah itu bimbang dengan perkembangan 15 peratus daftar pemilih berpihak kepada Pakatan Rakyat yang kemungkinan mengugat kekuatan umno dalam PRU 13 nanti.

Perkara ini telah dinyatakan Ghani Osman yang melawat semua kawasan Parlimen di bandar-bandar di Johor akan jatuh ke tangan Pembangkang, termasuklah NUSAJAYA.

Menteri Besar Johor telah membuat anggaran 15 kawasan Parlimen di negeri Johor kedudukannya boleh dikatakan tidak selamat.

Ada orang Umno sendiri yang kata padan muka Ghani Osman menandakan marah sekali rakyat Johor kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan Johor Corporation yang mengalami kerugian besar.

Johor Corporation yang dibina oleh Tan Sri Ali Hashim sejak 30 tahun dahulu tanpa bantuan satu sen pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai aset hampir bernilai RM14 billion.

Sejak Tan Sri Ali Hashim berhenti dari Johor Corporation, Ghani dikatakan telah menjahanamkan perjalanan Johor Corporation dengan membawa masuk beberapa orang luar, budak-budak yang belum tahu apa itu bisnes tidak pandai mengendalikan Johor Corporation dan anak-anak syarikatnya.

Terutama sekali membelakangkan pengurusan Johor Corporation yang telah berkerja berhempas pulas berpuluh tahun. Siapa yang tidak marah. Bagaimana perasaan budak ini saperti Kamaruzaman, Jamal, Ahmad Mohamad.

Yang sedihnya, penasihat sebenar di belakang Ghani ialah Mr Lim 'Superman'. Sekarang tugas mereka ini ialah untuk 'merompak ' asset Johor Corporation yang amat berharga saperti KFC dan QSR. Tanah-tanah komersil dan akhirnya estet yang dimiliki oleh Kulim.

Sesetengah berkata jika umur panjang, tulis dalam buku diari masing-masing apa yang berlaku itu dalam masa lima tahun, semua harta ini habis.

Johor Corporation yang mempunyai hutang hampir RM3 billion, nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untuk membayar hutang ini, tetapi sabenarnya mereka tambah lagi hutang Johor Corporation menjadi RM 5.5 billion melalui anak syarikatnya.

Sebab itu Tan Sri Ali teramat marah, malangnya komennya tidak di siarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah diblack-out!

No comments:

Post a Comment