Oleh : AZMAN ARIFFIN
PENULIS secara peribadi menyambut baik tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman berjumlah RM150 juta ke atas akhbar Utusan Malaysia yang sewenang-wenangnya menafsir kenyataan beliau dalam temuramah dengan BBC pada 12 Januari 2012 sebagai menyokong homoseksual.
Saman tersebut sekurang-kurangnya dapat memberi pengajaran kepada pihak-pihak yang gemar memutarbelitkan kenyataan pemimpin seperti Anwar untuk kelebihan politik UMNO dan Barisan Nasional.
Bagaimanapun penulis dan ramai yang lain melihat ada sedikit ‘sumbang’ dengan langkah Anwar itu kerana pada hari yang sama juga stesen TV milik UMNO, TV3 turut menyiarkan temuramah tersebut dan memberikan pandangan yang sama dengan Utusan Malaysia tapi tidak dinamakan dalam tuntutan saman tersebut.
Begitu juga halnya dengan beberapa bekas pemimpin PKR seperti Senator Ezam Mohd Nor, Dato Nallakarupan, Rahimi Osman dan Zahir Mat Arip yang berulang kali memberikan kenyataan yang membawa tafsiran sama seperti Utusan juga terlepas dari tindakan saman.
Semasa kempen pilihanraya kecil di Merlimau, penulis mendengar sendiri bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairudin dan bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Noor Adam memberi ucapan yang antara lain juga membawa maksud yang sama.
Yang paling mencetus tanda tanya banyak pihak (termasuk penulis sendiri) ialah kenapa ‘betina sundal’ bernama Ummi Hafilda Ali dibiarkan lepas bebas mencemar imej Anwar tanpa diambil sebarang tindakan guaman?
Penulis tidak fikir masalahnya Azmin Ali kerana Azmin diketahui telah ‘membuang’ adiknya itu.
Malah, Ummi Hafilda diketahui tidak teragak-agak juga untuk menggelar abang dan kakak iparnya (Shamsidar Taharin) itu dengan pelbagai gelaran buruk, termasuk menuduh salah seorang anak Azmin adalah darah daging Anwar, hasil hubungannya dengan Shamsidar!!
Sebaliknya, Ummi Hafilda pula yang memfailkan saman bernilai RM 700 juta ke atas Anwar, Datin Sri Wan Azizah dan Karpal Singh pada Januari 2011. Apa maksudnya ini? Yang kita tahu Ummi Hafilda yang sibuk merata pelusuk negara membusukkan nama Anwar, tapi dia pula yang menyaman Anwar atas dakwaan salah laku?
Mungkinkah Anwar menerima nasihat yang salah dari pasukan guamannya sepertimana dalam kes perbicaraan fitnah liwat II dimana Anwar dipaksa untuk menerima pendekatan ‘suka sama suka’ oleh Karpal Singh? Atau ada sebab lain yang tidak mahu dinyatakan kepada umum?
Penulis sudah mula mendengar suara-suara tidak enak yang menyifatkan tindakan undang-undang oleh Anwar ke atas Utusan ini adalah bermotifkan politik, bukan untuk mencari kebenaran dan memelihara maruah diri dalam masa yang sama.
Apa pun, penulis dan ramai yang lain akan berasa senang hati jika Datuk Seri Anwar meneruskan tindakan saman ke atas semua individu dan pihak yang disebutkan di atas kerana ia akan ‘menyempurnakan’ apa yang selama ini kelihatan ‘tergantung’.
Di samping mengelak tuduhan bahawa tindakan saman oleh Anwar adalah tindakan berpilih mengikut kepentingan politik.
Percayalah, rakyat nampaknya akan lebih kuat menyokong Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri jika tindakan saman seumpamanya diambil kerana itu membuktikan kita berani berhadapan dengan pihak yang memfitnah kita di Mahkamah.
No comments:
Post a Comment