Sunday 29 January 2012

SENTUHAN KASIH KERUSI RODA



PRIHATIN.....Azizah dan Ramli (belakang) memerhatikan Tham di atas kerusi roda bantuan JPKA.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

MENTERI Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun menyampaikan bantuan kerusi roda kepada tiga penduduk dalam Program Sentuhan Kasih yang menjadi aktiviti berterusan Adun Klias itu di kawasan yang diwakilinya.

Pada program lawatan ke rumah pesakit terlantar warga emas itu Azizah diringi Pegawai Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Beaufort, Ramlli Abd Rahman dan Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno Beaufort.

Tiga penduduk yang menerima bantuan daripada JPKA itu ialah Tham Kui Thiam, 83 di Kampung Kelabu Beaufort, Tiamsah Tabah, 80 (Kg Limbawang) dan Juana Mangai, 90 (Kg Kukut).

Azizah berkata kerajaan akan terus menyalurkan bantuan seperti itu kepada penduduk yang memerlukan.

“Pihak kerajaan sentiasa menjaga kebajikan rakyat di negara ini. Sebagai wakil rakyat di sini saya amat berharap agar pemimpin masyarakat memaklumkan sebarang masalah rakyat ke pejabat kerajaan yang berkaitan agar bantuan dapat disalurkan,” katanya sambil berharap bantuan kerusi roda itu dapat memberi keselesaan kepada penerima.

No comments:

Post a Comment