Saturday 28 January 2012

NAZRI BALAS DENDAM TERHADAP AMBIGA

BARU sahaja selepas menegaskan bahawa adalah untuk MENTERI KABINET dan keluarga mereka mengisytiharkan harta seperti yang dicadangkan oleh SPRM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah melakukan tindakan bodoh sekali lagi dengan memberi amaran kepada Bersih supaya tidak melakasanakan apa-apa lagi demonstrasi jalanan.

Perlakuan kurang ajar beliau yang menyerang Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan, sehari selepas Najib menegaskan ancaman terhadap keselamatan beliau juga menunjukkan bahawa Nazri sedang merencanakan balas dendam untuk bossnya.

“Dia itu bukan sesiapa pun. Tidak ada ‘locus standi’. Bukan diundi. Saya tak boleh nak serang dia sebab dia memang bukan sesiapa. Jika saya buat begitu, tidak elok untuk imej saya sebagai menteri. Nampak macam saya buli dia,” Nazri memberitahu sidang media pada Khamis.

Beliau juga memanggil Ambiga 'Wannabe Nobody Start-Up' (seseorang yang cuba memulakan untuk jadi orang penting) sementara beliau cuba mempertahankan Suruhanjaya pilihanraya yang terkenal sebagai orang suruhan Umno. Sepatutnya suruhanjaya itu adil dan bebas dan tidak perlukan nasihat dan tunjuk ajar daripada apa-apa komiti untuk reformasi pilihanraya, walaupun daripada parlimen.

“SPR sepatutnya bebas daripada kuasa eksekutif atau kehakimanan atau sesiapa pun,” tegas Nazri, dan jelas Najib dan Umno akan mencari jalan untuk mengelak daripada penggunaan dakwat kekal.

Nazri mempunyai pendirian yang berbeza daripada Najib mengenai Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011. Najib telah dengan tiba-tiba mengambil langkah ekstrim untuk membendung Bersih dengan mendakwa mereka ancaman kepada keselamatan negara, Islam dan raja.

Kumpulan yang ada kaitan dengan Umno juga mengugut untuk merogol Ambiga dan membatalkan kewarganegaraan beliau. Ambiga memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia bahawa beliau terpaksa mengupah pengawal keselamatan peribadi disebabkan ancaman itu.

Nazri mempunyai reputasi sebagai anjing suruhan Najib disebabkan kenyataan gila dan bodoh beliau. Ancaman terhadap Ambiga, penolakkan terhadap anti-rasuah dan reformasi pro-demokrasi telah mencetuskan kemarahan.

“Ini menunjukkan bahawa tiada apa-apa yang berubah. Segalanya adalah cakap-cakap sahaja, dan usaha mengaburi mata rakyat. Najib masih seperti dahulu dan Umno pun masih Umno lama. Cakap-cakap dan tiada tindakan susulan. Hipokrit dan tiada kejujuran,” beritahu Naib Presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Menyeru untuk Bersih 3.0

Jui Meng dan Pakatan Rakyat bukanlah bersendirian dalam menyedari bahawa tiada apa-apa tindakan yang dilakukan pentadbiran Najib dalam mengusahakan reformasi pilihanraya.

Walaupun dengan publisiti besar yang dibuat untuk menunjukkan bahawa mereka sedang membersihkan proses pilihanraya negara yang terkenal dengan rasuah dan taktik kotor, tidak banyak yang dilakukan sebenarnya.

Minggu lepas, bekas diplomat AS, John Malott meluahkan kekesalan terhadap kelambatan usaha ini dan memberi amaran kepada rakyat agar jangan terlalu berhadap kepada kualiti hidup yang lebih baik sekiranya Umno masih enggan menerima pilihanraya yang adil dan bersih. Sebuah demokrasi yang kukuh haruslah dimulakan dengan pilihanraya yang bersih, ujarnya.

Sementara itu, Ambiga dan Bersih telah mengumumkan bahawa jawatankuasa Parlimen yang ditubuhkan Najib hanya melihat kepada 4 tuntutan daripada 41 yang dicadangkan. Ini sangat rendah mengikut mana-mana standard sekalipun.

Sekarang sudah ada seruan untuk Bersih 3.0 memandangkan kengganan Najib mengambil serius tuntutan rakyat. Lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia yang menyertai demonstrasi Bersih 2.0.

Angka ini mungkin berganda untuk Bersih 3.0 walaupun dengan undang-undang yang menekan dilaksanakan oleh pentadbiran Najib untuk menyekat rakyat Malaysia daripada berhimpun secara aman untuk meluahkan permintaan dan ketidakpuasan hati mereka.

“Anda buat demonstrasi jalanan dan anda akan berdepan dengan undang-undang. Mereka tidak ada sebab untuk buat semua ini. Kita ada sistem di mana wakil rakyat dipilih oleh rakyat sendiri. Ada sistem untuk digunakan jika anda hendak meningkatkan kualiti perkara. Jika hendak buat pembaharuan, gunakan sistem itu, “ Nazri memberi amaran.

Yang sebenarnya bukan sesiapa- seorang MP yang baik akan mendengar keluhan rakyat bukan boss nya

Dalam komen beliau, Nazri juga telah menidakkan sesuatu bahawa dialah sebenarnya bukan sesiapa kerana Ambiga telah mendapat anugerah “US Women of Courage” dan “French Knight of the Legion of Honour”. Kedua-duanya anugerah yang sangat berprestij.

“Siapa mereka? Mereka bukan sesiapa pun. Siapa NGO yang menyokong mereka? Saya tidak kenal mereka. Mereka cuma mewakili 50, 100, 200 rakyat. Mereka kata 50,000 yang datang (perhimpunan Bersih). Apa itu jika dibandingkan dengan wakil rakyat seperti saya yang dipilih rakyat? Kita mewakili rakyat dan kerajaan yang dipilih,” kata Nazri yang jahil itu.

Tetapi dengan menjadi ahli Parlimen Padang Rengas, pengkritik mengatakan bahawa ia merupakan alasan untuk Nazri mendengar keluhan rakyat dan bukan membantu boss beliau untuk kekal berkuasa dengan mencipta pembohongan dan komen sampah.

“Ia sangat menjengkelkan. Najib bercakap dengan penuh kebijaksanaan dalam Global Movement for Moderates tetapi Ambiga pula memberitahu dunia bahawa lelaki ini merbahaya dan tidak boleh dipercayai. Satu-satunya cara menghukum orang-orang ini adalah melalui pilihanraya.

Najib dan Nazri mesti diajar bahawa mereka tidak boleh diterima oleh masyarakat yang bertamadun. Bandingkan mereka dengan Ambiga dan anda boleh lihat betapa kecilnya mereka berdua-lihat sahaja percakapan dan tinda-tanduk mereka,” tegas Jui Meng lagi.

1 comment:

  1. Ini Ambiga orang bodoh yang jadi kuda tunggangan ramai lelaki dalam PR. Dia ketagih sebabtu nak adakan bersih 3.0. Belum apa-apa dah guna orang amerika punya pendapat. Dah tentu Johan Mallot pun menunggang AZmbiga.

    ReplyDelete